web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri Banduan Tidak Sangka Dapat Beraya Bersama Suami

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 2:08PM

Uji yang mendapat Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bertemu isteri dan anaknya pada majlis PBSL Ihsan Madani bertemakan "Kepulangan yang dinanti” sempena Aidilfitri 2023 di Pusat Koreksional Machang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Seorang isteri banduan tidak menyangka berpeluang menyambut Aidilfitri bersama suaminya selepas dilepaskan secara bersyarat menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di sini hari ini.

Ibu kepada empat cahaya mata yang mahu dikenali sebagai Mah, 42, berkata dia mendapat berita gembira itu semalam selepas dihubungi Pusat Koreksional Machang.

“Hanya Allah yang tahu betapa syukur dan gembiranya saya dan anak-anak selepas dimaklumkan perkara ini. Sebelum ini saya hanya membeli baju raya untuk anak-anak sahaja kerana menyangka tidak dapat beraya bersama suami kerana dia sepatutnya dibebaskan pada Mei ini,” katanya.

Mah ditemui pemberita pada Majlis PBSL Ihsan MADANI Kepulangan Yang Dinanti Sempena Aidilfitri di Pusat Koreksional Machang di sini hari ini.

Menurut Mah, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan memiliki dadah dan dijatuhi hukuman penjara Oktober tahun lepas ketika dia sedang sarat mengandungkan anak keempat.

Katanya detik hitam itu cukup memberi kesan kepada dia dan anak-anak selain hilang punca pendapatan utama keluarga.

“Sebagai isteri saya tetap setia menunggu pembebasan suami dan hari ini saya seperti bermimpi kerana disaat-saat tiga hari menjelang raya, suami dibebaskan,” katanya.

Sementara itu, banduan terbabit yang mahu dikenali sebagai Uji, 42, berkata dia sangat bersyukur kerana terpilih dilepaskan menerusi PBSL sekali gus membolehkannya beraya bersama keluarga tercinta tahun ini.

Katanya peluang yang diperoleh itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan diri selain berazam menjadi suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab kepada keluarga.

Pengarah Pusat Koreksional Machang Penolong Kanan Komisional Mohd Nasir Yusof berkata seramai 25 banduan dilepaskan menerusi PBSL hari ini.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 20 banduan yang diserahkan kepada majikan manakala lima lagi diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk menjalani pemulihan dalam komuniti sebelum dibebaskan sepenuhnya selepas tempoh hukuman sebenar tamat.

Menurut Mohd Nasir kebanyakan banduan yang dilepaskan mempunyai baki tempoh hukuman tidak melebihi tiga bulan.

Katanya seramai 607 banduan dilepaskan melalui program PBSL tahun lepas manakala 275 daripada keseluruhan 2,653 banduan dilepaskan setakat April tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar