web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fitnah Telur Import India, Syarikat J&E Saman Azmin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 9:18PM

Mohamed Azmin Ali - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat tempatan, J&E Advance Tech Sdn Bhd memfailkan saman fitnah terhadap mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut kenyataan ringkas peguam syarikat itu, Elyse Ng, saman itu difailkan selepas Azmin tidak menjawab surat tuntutan yang dikemukakan pada 4 April lalu.

Azmin diminta menarik balik kenyataan beliau yang mendakwa J&E Advance Tech diberikan kontrak untuk mengimport telur dari India melalui rundingan terus.

Dalam pernyataan tuntutan, J&E Advance Tech turut merujuk kepada dakwaan Azmin bahawa ahli perniagaan, Deepak Jaikishan terlibat dalam pelantikan kontrak pengimportan syarikat itu.

“Plaintif merayu bahawa maksud semula jadi kenyataan palsu oleh defendan adalah tidak benar dan dikatakan dengan niat jahat tanpa mengambil kira prejudis terhadap reputasi syarikat,” katanya.

Dalam saman yang difailkan di mahkamah tinggi di sini, J&E Advance Tech memohon injunksi terhadap Azmin bagi menghalang mantan Ahli Parlimen Gombak itu daripada terus mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap syarikat berkenaan.

Syarikat itu juga menuntut ganti rugi terhadap Azmin tetapi tidak menyatakan jumlah spesifik.

Bagaimanapun, dalam surat tuntutan awal, J&E Advance Tech menuntut ganti rugi fitnah sebanyak RM20 juta.

Pengurusan kes bagi saman fitnah itu dijadualkan pada 16 Mei depan.

Menurut peguam syarikat itu, writ saman telah diserahkan kepada pusat khidmat Azmin di Bukit Antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pada sidang Parlimen sebelum ini bahawa kerajaan telah memberi kelulusan kepada hanya satu syarikat untuk mengimport telur dari India.

Langkah itu disifatkan sebagai "campur tangan" jangka pendek untuk menangani kekurangan telur di negara ini.

Pada 8 Mac lalu, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, Mohamad mendedahkan bahawa nama syarikat itu ialah J&E Advance Tech.

Selain Azmin, syarikat itu juga menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berhubung kenyataan yang dibuatnya di Dewan Rakyat mengenai kualiti dan kesegaran telur dari India. - The Vibes, 14 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad