web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aaron Aziz Minta Sharnaaz Ahmad Jangan Masuk Campur Urusannya Bersama Syamsul Yusof

Aaron Aziz memberi amaran agar sesiapa yang tidak berkenaan supaya tidak masuk campur urusannya bersama Syamsul Yusof.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 2:06PM

Aaron tidak lagi mahu mengulas mengenai isu di antaranya bersama Syamsul. - Gambar oleh Sairien Nafies

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz meminta supaya Sharnaaz Ahmad tidak masuk campur urusannya dengan Syamsul Yusof.

Ini berikutan Sharnaaz ada mengemaskini status di Twitter miliknya mengenai konflik yang berlaku di dalam produksi filem, ‘The Original Gangster’.

Tulis Sharnaaz dalam ciapan berkenaan, dia dan pelakon lain sangat profesional dan tidak menarik daripada membintangi filem berkenaan biarpun pengarahnya terpalit kontroversi.

“Kami tidak akan tinggalkan kerja separuh jalan. Hal peribadi adalah peribadi. Sebagai pengarah, Syamsul punya sokongan penuh serta hormat daripada saya tanpa ragu. Yang tahu jer tahu. Makin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda. Ingat itu,” tulisnya.

Menurut Aaron dia tidak lagi mahu mengulas mengenai isu di antaranya bersama pengarah kontroversi itu kerana mahu menuruti permintaan isterinya.

“Beritahu dia (Sharnaaz Ahmad), tak perlu masuk campur! Kepada sesiapa yang tak terlibat di dalam produksi, baik pelakon atau pun sesiapa sahaja, jangan masuk campur,” katanya ketika ditemui di sidang media bersama Jakel di Shah Alam di mana tahun ini adalah tahun kesembilan dirinya dilantik menjadi duta Baju Melayu keluaran syarikat tekstil terkemuka tersebut.

Ditanya apakah solusi yang akan diambilnya untuk menamatkan kemelut di antaranya dengan Syamsul, kata Aaron secara umum, dia meminta supaya Syamsul memohon maaf kepada ibu bapanya sendiri terlebih dahulu.

Ketika ini, Aaron masih sibuk menjalani penggambaran filem terbitan Skop Productions arahan Syafiq Yusof dan akan membintangi sebuah lagi filem bersama produksi berkenaan. - Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Insya-Allah, Mamu Tak Buat Hal Lagi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Mamu' Bebas Tuduhan Cederakan Pengawal Keselamatan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...