web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Mangsa Nahas LRT Mei 2021 Saman Prasarana, RapidRail

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 10:51AM

Kesemua individu itu adalah penumpang LRT yang mendakwa menaiki tren di stesen KLCC sekitar jam 8 malam pada 24 Mei 2021. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Lapan individu memfailkan saman terhadap RapidRail dan Prasarana atas dakwaan kecuaian berhubung kecederaan dialami mereka dalam nahas Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya pada Mei 2021.

Kesemua individu itu adalah penumpang LRT yang mendakwa menaiki tren di stesen KLCC sekitar jam 8 malam pada 24 Mei 2021.

Semasa kejadian, tren LRT yang membawa penumpang antara Stesen KLCC dan Stesen Kampung Baru, bertembung dengan tren tanpa penumpang menyebabkan 213 penumpang cedera.

Berdasarkan pernyataan tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu, kesemua plaintif menegaskan mereka sihat dari segi fizikal dan mental sebelum kemalangan itu.

Dalam saman itu, kesemua lapan individu mendakwa mengalami kecederaan fizikal dan kerugian lain akibat rempuhan terbabit.

Beberapa kecederaan dialami mangsa, termasuk kecederaan kepala, patah gigi, gegaran otak dan kemurungan.

Semua plaintif menuntut ganti rugi am dan khas daripada mahkamah.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan dituntut daripada kedua-dua syarikat itu masih belum ditetapkan, memandangkan plaintif sedang mendapatkan panduan mahkamah untuk menentukan tuntutan tertentu.

“Kemalangan LRT yang dialami semua plaintif berpunca daripada kecuaian kedua-dua defendan.

“Kecuaian kedua-dua defendan mengakibatkan kecederaan fizikal dan kerugian lain kepada semua plaintif,” kata pernyataan tuntutan itu.

Tambahan, kesemua plaintif mendakwa RapidRail dan Prasarana gagal memastikan keselamatan penumpang mereka di dalam tren LRT kendalian syarikat berkenaan.

Kesemua plaintif turut merujuk kepada sidang media mantan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sehari selepas kemalangan itu, dengan mengatakannya bersikap sinis mengenai kejadian terbabit.

“Tajuddin membuat jenaka semasa sidang media dengan mengatakan kereta api itu ‘berciuman antara satu sama lain’.

“Pada sidang media sama, Tajuddin dilihat ketawa semasa siaran langsung,” tambah kenyataan tuntutan itu.

Saman itu difailkan Tengku Amalie Alauddin Shah, Marvena Jitol, Riezariel Haeqal, Rozita Che Rus, Ng Siow Nee, Siti Nuralliah Hashim, Nurul Athirah Mohd K. Jayabee dan Muhammad Firdaus Bin Mohd Saleh. – The Vibes, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan