web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dari Penyayang Kepada Kejam, Sikap Berubah Kerana Pencetus Tertentu - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 7:00AM

Bernama semalam melaporkan, pihak polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah kediaman. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perubahan sikap seseorang individu daripada penyayang kepada kejam boleh terjadi apabila berlakunya 'pencetus' (trigger) tertentu, sehingga menyebabkan individu berkenaan hilang sentuhan dengan realiti (contact of reality).

Pakar psikologi dan kaunseling, Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pencetus tersebut boleh menyebabkan individu terbabit menjadi tidak berperikemanusiaan dan bertindak luar batasan, termasuk membunuh haiwan sesuka hati tanpa rasa bersalah. 

"Kalau orang biasa, kita ada sentuhan realiti. Dalam konteks ini, kita ada perasaan empati, kesian dan sebagainya tetapi kemungkinan orang ini tiada.

"Mungkin ada isu dalam (tempoh) sebulan ini yang 'trigger' dia menyebabkan dia berperangai sebegini. Mungkin dia daripada awal ada isu traumatik, persekitaran, tiada sokongan dari sekeliling dia. Apabila benda 'trigger' dia, dia boleh 'out of contact of reality' (bertindak di luar sentuhan realiti)," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Gambar hiasan Pixabay
Gambar hiasan Pixabay

Beliau diminta mengulas kes lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Cheras di sini.

Tindakan suspek sememangnya amat mengejutkan kerana dia digambarkan sebagai individu penyayang dan pencinta haiwan.

Bernama melaporkan, Halijah Ahmad, 63, yang tinggal di tingkat sama dengan suspek berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut ialah seorang pembersih, pandai menjaga rumah dan turut membela kucing.

"Cuma dalam sebulan dua ini, saya nampak badan dia tiba-tiba susut dan sangat kurus serta macam tidak terurus.

"Sebelum ini saya ada bercakap dengannya dan bertanya kenapa nampak kurus. Dia kata dia sakit dan perlu ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.

Kelmarin, Persatuan Haiwan Malaysia menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuat siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Cheras pada 11 Mac lepas.

Penganalisis Jenayah Haiwan yang juga Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata pihaknya menerima aduan daripada pemilik rumah itu yang disewa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun setelah laporan polis dibuat pengadu pada 13 Mac lepas, tidak mendapat sebarang reaksi positif.

Bernama semalam melaporkan, pihak polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi agensi berita rasmi negara itu berkata, lelaki berusia 31 tahun yang juga penyewa kondominium terbabit, ditahan di sebuah lokasi di Cheras, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Fauziah berkata, individu yang bertindak sedemikian perlu diberikan pemeriksaan untuk mengenal pasti sama ada dia mempunyai simptom anti social personality disorder (ASPD) atau penyakit lain.

"Ahli keluarga perlu bawa ke psikiatri dan membuat rawatan," katanya.

Ditanya berhubung tindakan boleh dilakukan oleh anggota masyarakat dalam mengelakkan kes seumpama itu daripada berulang lagi, beliau berpendapat, anggota keluarga perlu memainkan peranan masing-masing.

"Kalau kita (anggota keluarga) tengok dia secara konsisten dalam dua minggu 'moody' dan tidak boleh keluar dari keadaan tersebut, kita kena hampiri dia. Cuba tanya apa isunya dan cuba mendengar apa yang diperkata serta memahami isu tersebut.

"Kemudian, kita kena dengar apa masalahnya, kalau misalnya kita tengok ada isu kemurungan dan sebagainya, kita beri sokongan dan kemudian bawa untuk rawatan," katanya. 

Dalam pada itu, menerusi kenyataan berbeza, Arie Dwi Andika pula berkata, beliau kekal dengan prinsip dan pegangan untuk menjadikan persatuan tersebut mendukung dasar memantau penguatkuasaan undang-undang haiwan dan keadilan jenayah haiwan.

Katanya, beliau akan turun campur tangan dalan sebarang jenayah melibatkan haiwan berkelas yang tidak dipedulikan badan penguatkuasa undang-undang.

"Tapi masyarakat perlu paham membezakan sesuatu kes adakah ia jenayah haiwan berkelas, pengabaian atau kacau ganggu. 

"Jika selain jenayah haiwan berkelas 'Babah' (merujuk kepada dirinya) tidak akan sibuk kerana ia melanggar prinsip penubuhan Animal Malaysia iaitu sebagai pertubuhan memperjuangkan keadilan jenayah haiwan. 

"Animal Malaysia bukan menjalankan objektif teras sebagai penyelamat atau tempat perlindungan haiwan, sebaliknya sebagai badan pemeriksa dan keseimbangan keadilan jenayah haiwan berkelas," katanya.

Beliau juga berharap semua pihak memahami tujuan dan objektif persatuan berkenaan. 

Menurutnya, ini sesuai dengan jurusan dan bidang pengajian yang didalaminya iaitu kriminologi, pengurusan perlindungan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Warga Singapura Ditemukan Maut Di ‘Homestay’ Di Cheras

2

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad