web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meski Kos Naik, TH Teruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 6:09PM

TH akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah Muassasah tahun ini, meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadah itu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah Muassasah tahun ini, meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadah itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kos haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 berbanding RM28,632 tahun lalu.

“Pada musim haji tahun ini, kadar bayaran haji untuk jemaah Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan ibadah itu ditetapkan RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding, tahun lepas.

“Walaupun ada peningkatan RM1,000, kerajaan akan menanggung kenaikan tersebut dan bakal haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bayaran itu meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang bagi jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dan dalam kumpulan M40.

Manakala, katanya, bayaran penuh kos haji bagi kumpulan T20 ditetapkan pada harga RM30,850 seorang.

Ujarnya, mereka yang merayu luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah perlu membayar penuh kos haji sebanyak RM30,850 seorang, melainkan membabitkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang terpilih menunaikan haji.
 
“Walaupun terdapat kenaikan bayaran haji itu, kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) sejumlah RM19,870 seorang atau 64 peratus daripada kos haji, manakala kumpulan M40 akan menerima bantuan sejumlah RM14,870 seorang atau 48 peratus daripada kos haji,” jelasnya.
 
Amrin berkata, mulai tahun 2001, jemaah haji Malaysia membayar sebahagian daripada kos untuk menunaikan haji, manakala selebihnya ditanggung TH melalui dana Bantuan Kewangan Haji yang dijana daripada hasil pendapatan pelaburan.
 
Menurutnya, sejak tahun 2001 sehingga 2022, sejumlah lebih dari RM2.2 bilion daripada hasil pendapatan pelaburan dibelanjakan TH untuk Bantuan Kewangan Haji.
 
Jumlah Bantuan Kewangan Haji itu, katanya, dianggarkan berjumlah lebih dari RM400 juta untuk 2023, walaupun terdapat peningkatan pada kadar bayaran menunaikan ibadah berkenaan tahun ini.
 
“Ini akan mengurangkan hasil pendapatan pelaburan yang boleh diagih kepada semua pendeposit TH.
 
“Umat Islam juga perlu memahami konsep istito’ah di mana ibadat haji hanya difardukan kepada mereka yang berkemampuan,” katanya.
 
Mengulas lanjut, Amrin berkata, kenaikan bayaran haji pada tahun ini adalah seiring dengan peningkatan kos menunaikan ibadah itu.

“Ia tidak dapat dielakkan berikutan faktor di luar kawalan TH, seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 15 peratus, caj perkhidmatan di Arab Saudi dan kos pasca pandemik COVID-19, selain pembangunan di Makkah dan Madinah yang memberi tekanan kepada kadar sewaan bangunan penginapan.
 
“Peningkatan ketara adalah bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan di Arab Saudi termasuk kos penginapan, makanan, pengangkutan serta perkhidmatan di Tanah Suci,” katanya.
 
Jelas Amrin, Bantuan Kewangan Haji bersasar itu dijangka dapat mengurangkan beban kewangan TH agar dapat mencapai matlamat utamanya, iaitu menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji di samping menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan demi kebajikan jemaah haji Malaysia.

“Peningkatan berterusan Bantuan Kewangan Haji setiap tahun juga akan memberi impak negatif kepada agihan keuntungan TH di masa hadapan,” katanya. – Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

2 tahun yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 54 minit yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad