web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Speaker Desak Ahli Parlimen Kuantan Tarik Balik Kenyataan Perarakan LGBT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 8:53PM

Johari berkata, sekiranya Wan Razali tidak pasti dengan perkara tersebut, beliau sepatutnya menarik balik kenyataannya itu. - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendesak Wan Razali Wan Nor (Kuantan-PN) agar menarik balik kenyataannya yang menyifatkan perarakan Hari Wanita di ibu negara pada Ahad lalu sebagai perarakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Johari berkata, sekiranya Wan Razali tidak pasti dengan perkara tersebut, beliau sepatutnya menarik balik kenyataannya itu.

Johari: “Kuantan (Wan Razali), adakah kamu pasti perarakan itu dikaitkan dengan LGBT? Jika kamu pasti, katakan begitu, tetapi adakah ia perarakan LGBT atau perarakan wanita? Jawab sahaja itu dan yang lain tolong diam.”

Wan Razali: “Mereka (komuniti LGBT) hadir di sana.”

Johari: “Tidak, saya bertanya sama ada ia perarakan LGBT.”

Wan Razali: “Ya, mereka ada di sana.”

Johari: “Sebab kalau kamu kata ya dan ternyata tidak benar, saya akan ambil tindakan terhadap kamu. Jadi saya tanya lagi, ya atau tidak? Atau adakah anda tidak pasti?

Wan Razali: “Saya tidak pasti.”

Johari: “Kalau begitu tarik balik kenyataan kamu.”

Wan Razali: “Saya tidak pasti. Saya tarik balik kenyataan saya.”

Terdahulu, Wan Razali ketika membahaskan perbahasan sesi penggulungan Kementerian Perpaduan di peringkat jawatankuasa mempersoalkan mengapa perarakan LGBT dibenarkan sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan negara tidak akan mengiktiraf status kumpulan terbabit.

“Jadi, kenapa ada perarakan LGBT di negara kita seolah-olah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa?

“Apakah tindak balas kerajaan terhadap keperluan untuk memerangi gaya hidup songsang ini?” soalnya.

Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada Ahli Parlimen kerajaan, seperti Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera-PH) yang menuduh Wan Razali membawa topik di luar skop Belanjawan 2023.

Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas-PH) pula menuduh Wan Razali mengelirukan Dewan Rakyat sambil menambah perhimpunan itu adalah perarakan Hari Wanita.

“Kamu mengelirukan Dewan Rakyat; wanita itu berarak di jalanan untuk menuntut keadilan.

“Jika ada perarakan PAS dan tiba-tiba LGBT berada di sana, adakah itu menjadikan perhimpunan PAS sebagai perarakan LGBT? Kembali membahaskan topik yang betul,” katanya.

Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada Ahad lalu itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perarakan itu melibatkan 150 individu yang terdiri daripada aktivis hak asasi manusia, pelajar universiti dan ahli parti politik.

“Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, peserta didapati berkumpul dan berarak sambil memegang plakad yang tertera perkataan ‘Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body’ dan lain-lain lagi,” katanya. - The Vibes, 14 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad