web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Negeri, Daerah Diarah Tingkat Kesiapsiagaan Hadapi Bencana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 3:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan daerah diarah meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku di lebih banyak tempat, terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

Arahan itu dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) susulan Amaran Hujan Berterusan berstatus bahaya, buruk dan waspada dinyatakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di beberapa negeri hari ini.

Menurut agensi tersebut, semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu dipastikan dilengkapi keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memiliki aset operasi mencukupi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat negeri/daerah juga dimohon memastikan setiap PPS dilengkapi dengan keperluan asas, malah PKTK mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi dan berada di dalam keadaan baik serta bersedia untuk digunakan.  

“NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan berstatus bahaya yang dijangka melanda Rompin, Pahang dan tiga daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang serta Mersing sehingga esok.

Agensi kaji cuaca tersebut turut meramalkan hujan lebat berterusan berstatus buruk sehingga esok di Pekan, Pahang dan sebahagian besar Johor membabitkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

“Amaran hujan berterusan berstatus waspada juga dikeluarkan bagi Maran, Kuantan dan Bera di Pahang, selain Jempol serta Tampin di Negeri Sembilan dan Melaka.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) sehingga hari ini,” katanya.

Berdasarkan maklumat dikongsikan MET Malaysia, amaran hujan lebat berterusan berstatus bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

“Manakala, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar