web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Qariah Masjid Talhah Bin Ubaidillah Beri Sumbangan Fakir Miskin, Anak Yatim

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 11:00AM

Ahli jawatankuasa masjid menyerahkan sumbangan kepada salah seorang golongan asnaf di kawasan Bukit Jalil.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT JALIL - Sepuluh hari sebelum berakhirnya Ramadan menjadi satu detik yang melegakan kepada sekumpulan golongan fakir miskin dan anak-anak yatim di sini yang hidup serba kekurangan.

Terukir senyuman di raut wajah mereka, ketika nama masing-masing dipanggil untuk mengambil bantuan sara hidup yang diberi secara percuma oleh qariah Masjid Talhah Bin Ubaidillah usai solat Asar semalam.

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk barangan dapur seperti beras, telur, minyak dan rempah ratus, selain sampul berisi duit raya serta sepasang pakaian baharu tajaan Jakel Textile Sdn Bhd.

“Seramai 100 asnaf akan mendapat bantuan yang bernilai RM30 ribu ini. Dalam fasa pertama, kami memanggil 50 orang dulu,” kata pengerusi masjid, Annas Bahari.

Program tersebut, tambah Annas, adalah sebahagian daripada projek Jejak Ramadan yang dilancarkan sebelum bulan mulia itu bermula.

“Kami mahu mengimarahkan masjid ini dengan menjadikannya sebagai satu pusat agihan makanan dan bantuan.

“Selain itu, kami juga mahu mengeratkan silraturahim antara ahli qariah dan merebut pahala di bulan mulia ini,” katanya.

Pemberian bantuan itu dilakukan secara berperingkat kerana Annas serta pihak pengurusan masjid mahu mematuhi tatacara yang ditetapkan kerajaan tatkala pandemik COVID-19.

“Insyallah, kumpulan asnaf yang seterusnya akan dijemput pada minggu depan dan saya amat berharap serta berdoa, agar masjid tidak ditutup kalau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekali lagi.

“Kalau boleh, saya ingin melakukan solat tarawih dengan penuh di masjid pada Ramadan kali ini,” kata Annas. - Getaran, 3 Mei, 2021.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 55 minit yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad