web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


97.71 Peratus Pekerja P-Hailing Golongan Belia 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 8:41PM

Kajian DOSM mendapati 97.71 peratus daripada pekerja p-hailing adalah belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melibatkan 6,657 pekerja p-hailing mendapati 97.71 peratus daripada mereka adalah belia yang berumur 15 hingga 30 tahun, manakala 2.29 peratus lagi terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas. 

Dalam kenyataan hari ini, DOSM memaklumkan kajian yang dijalankan dari 1 Mac hingga 31 Dis 2022 mendapati kebanyakan pekerja p-hailing mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau setaraf (39.54 peratus), kelulusan Diploma dan setaraf (23.24 peratus) dan Ijazah Sarjana Muda (11.79 peratus).

“Dapatan juga menunjukkan 0.21 peratus pekerja p-hailing adalah kelompok yang tidak bersekolah dan 0.99 peratus tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya 73.98 peratus pekerja p-hailing menjadikan pekerjaan itu sebagai sumber pendapatan utama, manakala 70.35 peratus menjadikannya sebagai pekerjaan utama, selain 29.65 peratus tidak menjadikan p-hailing sebagai pekerjaan utama mereka.

Kajian yang dijalankan juga mendapat 36.61 peratus pekerja p-hailing mempunyai simpanan mahu pun pelaburan sendiri.
Kajian yang dijalankan juga mendapat 36.61 peratus pekerja p-hailing mempunyai simpanan mahu pun pelaburan sendiri.

Mengenai perlindungan sosial pula, kajian itu mendapati 72.25 peratus responden mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dan hanya 22.05 peratus yang mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

DOSM memaklumkan terdapat peningkatan pendapatan pekerja p-hailing selepas menyertai aktiviti penghantaran makanan dan barangan, dengan pendapatan tertinggi yang diperoleh antara RM1,501 hingga RM2,499 (26.78 peratus), diikuti RM1,500 dan ke bawah (23.39 peratus) serta RM2,500 hingga RM3,170 (11.67 peratus).

“Terdapat 36.61 peratus pekerja p-hailing mempunyai simpanan mahu pun pelaburan sendiri manakala 63.39 peratus tidak mempunyai apa-apa simpanan.

“Dari segi pemilikan polisi insuran didapati 45.07 peratus pekerja p-hailing mempunyai polisi insurans sendiri manakala 54.93 peratus adalah sebaliknya,” menurut kenyataan itu. 

Menurut DOSM, waktu bekerja pekerja p-hailing dalam seminggu menunjukkan tiga kategori tertinggi ialah yang bekerja antara tempoh 49 jam hingga 84 jam (30.79 peratus), 30 jam hingga 48 jam (25.84 peratus) dan kurang daripada 30 jam (25.42 peratus).

Kajian itu mendapati lima sebab utama pekerja p-hailing menyertai bidang perkhidmatan itu adalah untuk menampung perbelanjaan harian, membantu keluarga, mempunyai masa bekerja fleksibel, membuat simpanan dan tidak terikat dengan peraturan atau kontrak pekerjaan.

DOSM berkata terdapat lima tumpuan strategik yang meliputi 19 inisiatif dan 19 pelan tindakan yang dicadangkan hasil kajian itu, antaranya memastikan kebajikan pekerja p-hailing dilindungi di bawah perundangan perburuhan atau yang setara serta menyediakan saluran aduan dan komunikasi sesuai bagi menyelesaikan pertikaian antara syarikat penyedia perkhidmatan dan pekerja. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad