web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nazri Aziz Sesuai Sebagai Duta Malaysia Ke Amerika Syarikat - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2023 4:08PM

Ahmad Zahid berkata beliau percaya Mohamed Nazri mampu memperkukuhkan pelbagai kerjasama melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat kerana berupaya merapatkan hubungan antara kerajaan kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, berkata beliau percaya bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu juga mampu memperkukuhkan pelbagai kerjasama melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.

“...kerana kita pernah ada beberapa duta besar sebelum itu seperti Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin yang dapat menjalinkan hubungan antara Amerika Syarikat dan kerajaan Malaysia dan menubuhkan bukan sahaja Business-to-business (B2B), peer-to-peer (P2P) (rakan setara).

“Bagi UMNO, apa yang penting ialah memperkukuhkan kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara AS (Amerika Syarikat) dan kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menghadiri bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKWD) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Mohamed Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Beliau percaya Mohamed Nazri mampu menyusun dan menganjurkan pertemuan dan mesyuarat antara Anwar dan pemimpin tertinggi kerajaan serta pemimpin korporat Amerika Syarikat apabila perdana menteri mengadakan lawatan rasmi ke negara berkenaan, nanti.  

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia termasuk Mohamed Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Semalam, Anwar dilapor berkata pelantikan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat diluluskan oleh kerajaan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata pelantikan Mohamed Nazri bukan atas cadangan UMNO, sebaliknya dibuat atas syor bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menerajui kerajaan terdahulu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata negara sebelum ini berada di tahap tiga bagi nasihat perjalanan rakyat Malaysia ke Amerika Syarikat, namun berjaya ditingkatkan ke tahap dua.

Justeru, beliau berharap Mohamed Nazri mampu meningkatkan semula tahap nasihat perjalanan rakyat Malaysia ke Amerika Syarikat kepada tahap satu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran