Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Kerajaan Wujud Sekretariat Tetap Untuk Selaras Pertindihan Kursus TVET

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 6:53PM

Sekretariat tetap yang akan diwujudkan itu akan melibatkan pihak swasta dan pemain industri bagi menjalinkan kerjasama strategik dengan pusat TVET di seluruh negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mewujudkan sekretariat tetap bagi menyelaras pertindihan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di semua peringkat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis TVET (MTVET) Bil 1/2023 hari ini, Ahmad Zahid berkata terdapat kementerian dan jabatan didapati menawarkan kursus sama, selain terdapat pusat TVET yang melahirkan lepasan dengan kebolehpasaran tahap rendah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sekretariat tetap yang akan diwujudkan itu akan melibatkan pihak swasta dan pemain industri bagi menjalinkan kerjasama strategik dengan pusat TVET di seluruh negara.

 Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

“Kita minta pemain industri dapat beri latihan kepada pensyarah dan tenaga kerja dalam pusat TVET supaya bersesuaian dengan kemahiran dalam industri," katanya terdapat 1,295 pusat TVET di seluruh negara ketika ini yang menyediakan lebih 6,000 kursus dalam bidang itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penglibatan serta kerjasama pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  diperhebatkan dalam usaha memperkasakan TVET.

Ahmad Zahid berkata beberapa pusat TVET terpilih akan dijadikan pusat latihan keusahawanan bagi melahirkan lepasan usahawan dalam bidang TVET.

“Mereka dilatih untuk menjadi usahawan dengan pembiayaaan akan dilakukan oleh beberapa institusi kewangan kerajaan atau swasta selepas mereka tamat latihan supaya pemantauan dan penyeliaan dapat dilakukan,” katanya. 

Selain itu, katanya akta baharu atau pindaan akta terhadap latihan TVET perlu dibuat segera supaya ia melibatkan pihak swasta seperti diamalkan oleh beberapa negara maju.

“Swasta atau pemain industri  perlu ambil peranan penting kendalikan pusat TVET… kita mahu kurangkan pertindihan kos dan kurangkan kos pengambilan pekerja asing dari luar negara,” katanya.

Ditanya adakah pusat TVET yang akan ditutup kerana melahirkan lepasan dengan kebolehpasaran rendah, beliau berkata pusat berkenaan tidak akan ditutup sebaliknya kursus baharu dengan kebolehpasaran tinggi akan diperkenalkan.

Antara kursus yang dilihat mempunyai potensi adalah dalam bidang Kecerdasan Buatan, Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan 5G.

“Kursus dalam bidang sebegini harus dijalin erat dengan pengeluar bagi mendapatkan pekerja mahir dalam bidang itu,” katanya tawaran kemasukan ke pusat TVET juga bakal diselaraskan.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan sebanyak 10 Memorandum Perjanjian (MoA) akan ditandatangani dalam tiga bulan ini melibatkan syarikat swasta dan pusat TVET untuk memperkasakan lagi bidang itu.

Antara syarikat yang akan menandatangani MoA itu adalah Petronas, DRB-Hicom dan pusat hospitaliti berkaitan dengan sektor pelancongan dan industri bersesuaian. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 34 minit yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Luar Negara 1 hari yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa 23 jam yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah