web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tambah 2 Mesin Pengimbas Laluan Pejalan Kaki CIQ BSI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 9:00AM

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan menambah dua mesin pengimbas bagi laluan pejalan kaki di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, bagi menangani kesesakan di Tambak Johor, mulai Jun depan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata tindakan itu merupakan antara langkah penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi kesesakan memandangkan kini hanya sebuah mesin pengimbas disediakan di kompleks berkenaan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga telah menambah laluan lori tanpa muatan kepada dua lorong berbanding hanya satu lorong sebelum ini.

“Kunjungan saya hari ini berkaitan dengan teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu tindakan diambil untuk mengatasi kesesakan di CIQ BSI ini.

“Penambahan lorong lori tanpa muatan dan mesin pengimbas ini adalah melibatkan kos berjumlah kira-kira RM1 juta,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di CIQ BSI, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Sementara itu, Ahmad berkata pihaknya akan mengkaji permintaan kerajaan negeri Johor untuk menambah lorong motosikal sedia ada di kompleks berkenaan daripada 50 lorong kepada 75 lorong.

“Permohonan ini dilihat wajar dan mampu dilaksana tanpa melibatkan kos perbelanjaan besar, kerana ia tidak membabitkan pembinaan struktur bangunan baharu sebaliknya hanya ubahsuai kaunter Jabatan Imigresen sedia ada.

“Untuk tujuan tersebut, kita jangka ia akan menelan kos sebanyak RM2.57 juta untuk dilaksana, tetapi ini masih di peringkat perbincangan, belum diputuskan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian itu turut memuji Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana telah berjaya membuat kutipan cukai melebihi sasaran ditetapkan untuk tahun 2022.

“Tahniah kepada JKDM kerana berjaya membuat kutipan cukai sebanyak RM3.71 bilion tahun lepas, melebihi sasaran awal ditetapkan iaitu RM3.61 bilion. Ini satu pencapaian baik dan kita percaya ia boleh ditingkatkan lagi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

2

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja