web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Halalkan Mercun: ‘Adakah Kerajaan Ingin Jadikan Bahan Mudarat Sebagai Punca Kewangan’?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:04AM

Keputusan kerajaan ‘menghalalkan’ penjualan mercun dan bunga api mencetuskan persoalan serta menghairankan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan ‘menghalalkan’ penjualan mercun dan bunga api mencetuskan persoalan serta menghairankan, memandangkan bahan letupan itu mengundang pelbagai bahaya dan memudaratkan.

Timbalan Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (PPPM), Beninder Singh berkata, walaupun kerajaan membuat keputusan itu atas alasan penjualannya mampu menambah pendapatan negara menerusi pembayaran cukai, pihaknya berpendapat ia tidak membawa makna, jika dibandingkan dengan keselamatan.

Malah, katanya, penjualan itu tidak membawa manfaat kepada masyarakat, sebaliknya berisiko mengundang pelbagai keburukan, seperti kecederaan, pencemaran alam dan bunyi, selain risiko kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa akibat kebakaran. 

Beninder Singh berkata penjualan mercun dan bunga api tidak membawa manfaat kepada masyarakat, sebaliknya berisiko mengundang pelbagai keburukan, seperti kecederaan - Gambar Fail
Beninder Singh berkata penjualan mercun dan bunga api tidak membawa manfaat kepada masyarakat, sebaliknya berisiko mengundang pelbagai keburukan, seperti kecederaan - Gambar Fail

“Ia juga adalah tabiat yang amat membazir.

“Penjualan di ‘pasaran gelap’ pula adalah masalah penguatkuasaan, justeru ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan menghalalkan penjualan mercun untuk kerajaan mahu mendapatkan cukai,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, alasan untuk membenarkan penjualan mercun dan bunga api sebagai punca kewangan negara juga adalah sebab yang remeh.

“Adakah kerajaan ingin menjadikan sesuatu yang memudaratkan sebagai punca kewangan? Takkan kerajaan sudah kehilangan idea,” soalnya.

Beninder berkata, PPPM tidak menyokong sama sekali cadangan tersebut, sebaliknya menggesa kerajaan mengharamkan penjualan mercun dan bunga api seperti dikuatkuasakan sebelum ini, selain meningkatkan penguatkuasaan terhadap bahan itu.

Menyuarakan pandangan berbeza, penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, walaupun beliau tidak bersetuju secara peribadi berhubung keputusan tersebut, tidak dinafikan tindakan mengenakan cukai untuk penjualan bahan itu sememangnya boleh menjadi sumber pendapatan negara.

Ujarnya, ia juga dapat mengelakkan negara daripada mengalami kerugian akibat penyeludupan.

Shahul Hamid Abdul Rahim berkata walaupun beliau tidak bersetuju secara peribadi berhubung keputusan tersebut, tidak dinafikan tindakan mengenakan cukai untuk penjualan bahan itu sememangnya boleh menjadi sumber pendapatan negara - Gambar Fail
Shahul Hamid Abdul Rahim berkata walaupun beliau tidak bersetuju secara peribadi berhubung keputusan tersebut, tidak dinafikan tindakan mengenakan cukai untuk penjualan bahan itu sememangnya boleh menjadi sumber pendapatan negara - Gambar Fail

Pada masa sama, beliau berkata, seperti semua sedia maklum, mercun dan bunga api sememangnya bahan terlarang di negara ini sejak puluhan tahun lalu, namun isu penjualannya tidak pernah selesai.

“Walaupun diharamkan, ia tetap diseludup masuk ke negara ini dan mengakibatkan kerajaan menanggung kerugian besar.

“Jadi, jika dibenarkan penjualannya dan mengenakan cukai, ia boleh menambah pendapatan negara,” katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, kerajaan perlu menggubal prosedur operasi standard (SOP) ketat berhubung penggunaan bahan letupan tersebut supaya tidak mengakibatkan masalah susulan, termasuk mengganggu gugat ketenteraman awam dan kecederaan.

“Saya beri contoh, kerajaan perlu menetapkan bila dan meletakkan jangka masa untuk orang ramai bermain mercun, (iaitu) mungkin sehari atau dua hari pada musim perayaan.

“Jika tidak dikawal, saya bimbang ia akan mengakibatkan pergaduhan sesama jiran dan sebagainya. Itu akan menimbulkan masalah lain pula dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahul Hamid mencadangkan supaya kerajaan meneliti jenis mercun dibenarkan untuk dijual atau dimainkan orang ramai supaya tidak mengakibatkan kecederaan, seperti kerap kali dilaporkan berlaku pada setiap sambutan perayaan.

“Di sini saya mencadangkan supaya mercun yang dibenarkan dibawa masuk, perlu mendapatkan kelulusan daripada satu badan dipertanggungjawabkan untuk memantau tahap keselamatan bahan tersebut, seperti mana ditetapkan kepada barangan elektronik, iaitu melalui SIRIM.

“Bukan semua jenis mercun boleh dimainkan sebarangan. Kerajaan kena faham ada segelintir masyarakat yang terlalu ‘bijak’, sehingga bertindak mengubahsuai bahan tersebut dan ia berisiko mendatangkan kecederaan, bukan saja kepada individu yang memainkannya, malah terhadap orang lain,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan penjualan mercun dan bunga api, namun ia tertakluk peraturan serta garis panduan akan dikeluarkan kelak.

Jumaat lalu, Nga Kor Ming mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan penjualan mercun dan bunga api, namun ia tertakluk peraturan serta garis panduan akan dikeluarkan kelak - Gambar Fail
Jumaat lalu, Nga Kor Ming mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan penjualan mercun dan bunga api, namun ia tertakluk peraturan serta garis panduan akan dikeluarkan kelak - Gambar Fail

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menentukan garis panduan untuk penjualan bahan tersebut, manakala isu membabitkan duti bakal ditetapkan Kementerian Kewangan.

Kor Ming berkata, perkara itu dipersetujui melalui mesyuarat Kabinet pada Khamis lalu, selepas mengambil kira penjualan mercun dan bunga api boleh menjadi satu lagi punca kepada hasil negara.

“Jemaah Menteri sudah meluluskan pembakaran mercun dan bunga api. (Ia) Akan dihalalkan, tetapi tertakluk kepada permohonan lesen import dan duti serta mengikut peraturan serta garis panduan.

“Kita tahu pembakaran mercun menjadi amalan seluruh rakyat Malaysia. Tak kira Tahun Baharu Cina, Deepavali, Aidilfitri atau Krismas,” katanya.

Manakala, Ketua Polis Negara,  Tan Sri Acryl Sani Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya sedang menunggu dasar dan garis panduan daripada KDN berhubung kebenaran aktiviti pembakaran serta penjualan bungai api dan mercun.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikuti apa jua garis panduan dan dasar ditetapkan KDN mengenai pelaksanaan perkara tersebut, demi menjamin keselamatan orang ramai. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kebakaran Di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bila Akal Tak Cukup Panjang, Ni Lah Jadinya

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah Tiada Kerja Lain Ke...

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek