web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selesaikan Tuntutan ‘Waris’ Sulu Demi Kesejahteraan Rakyat Sabah - Hajiji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 4:06PM

Menurut Hajiji Mohd Noor, pihaknya turut menyerahkan kepada Kementerian Luar Negeri dan Menteri Undang-Undang untuk menyelesaikan isu tersebut demi kesejahteraan seluruh rakyat Sabah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mahu kerajaan Persekutuan menghapuskan tuntutan ‘waris’ Sulu ke atas Sabah untuk selamanya, memandangkan perkembangan positif kes tersebut yang sedang berlaku di luar negara.

“Kita cukup senang hati. Ini menunjukkan tuntutan yang dikemukakan oleh ‘waris’ Sulu tidak berasas.

“Rakyat dan kerajaan Sabah gembira dengan perkembangan ini,” katanya mengulas mengenai keputusan mahkamah Sepanyol yang menolak rayuan kumpulan terbabit.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi kepada 21 Pejabat Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Menurut Hajiji, pihaknya turut menyerahkan kepada Kementerian Luar Negeri dan Menteri Undang-Undang untuk menyelesaikan isu tersebut demi kesejahteraan seluruh rakyat Sabah.

Semalam, media melaporkan mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa difailkan sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu berhubung pembatalan pelantikan Dr Gondoza Stampa sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian antara Malaysia dan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan baru saja menerima pengesahan rasmi bahawa rayuan perlembagaan difailkan penuntut itu ditolak dan pembatalan pelantikan Stampa (yang sudah muktamad dan mengikat) turut disahkan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol. – Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad