web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Rangka Langkah Selesai Isu Semasa Petugas Kesihatan - Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 7:02AM

Dr Zaliha Mustafa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses merangka langkah untuk menyelesaikan isu semasa dibangkitkan petugas kesihatan, dengan mengambil pendekatan secara bersasar bagi melakukan reformasi sistem.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, isu berbangkit itu, termasuk kebajikan, kesihatan fizikal dan mental, sistem sumber manusia, penetapan gaji saksama serta jaminan pekerjaan yang sentiasa menjadi keutamaan KKM, memandangkan tiada penyelesaian mudah untuk perkara berkenaan.

Katanya, KKM juga akan melakukan pertemuan bersama Kementerian Kewangan bagi membentangkan perincian mengenai keperluan untuk mendapatkan peruntukan lebih besar, meliputi aspek infrastruktur, digitalisasi sistem dan sumber manusia.

“Kami menghargai pandangan dan maklum balas diberikan petugas kesihatan berhubung situasi semasa sistem kesihatan negara.

“KKM mengambil berat dan sedang melakukan pelbagai langkah menyeluruh dari aspek dasar dan juga teknikal,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dr Zaliha berkata, pertemuan berkala dengan semua pihak berkepentingan juga akan terus dilaksanakan, bagi mendapatkan maklum balas, terutama dapatan daripada kakitangan di lapangan.

Menurutnya, ia termasuk bagi mengenal pasti penyelesaian jangka pendek dan panjang yang perlu diberi keutamaan dalam situasi sekarang.

Beliau berkata, sebahagian besar proses perubahan sistem kesihatan itu, menuntut pendekatan merentasi agensi.

“Justeru, kami (KKM) komited untuk terus berganding bahu dengan kementerian serta agensi lain demi kebaikan dan manfaat pekerja sektor kesihatan, selain masyarakat madani keseluruhannya.

“Semua perkara disebut juga adalah sebahagian daripada pembaharuan dan keutamaan Kertas Putih Kesihatan yang mana ia akan dijadikan sebagai penanda aras kepada pelbagai reformasi sektor kesihatan, pada masa akan datang,” katanya. – Getaran, 2 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam