web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjenayah Hidupan Liar Bakal Didenda RM1 Juta, Penjara Berkuatkuasa 1 Februari 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 12:18PM

Peningkatan penalti dikuatkuasakan bagi mengelakkan sumber khazanah negara yang tidak ternilai ini akan terancam akibat aktiviti haram. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaku jenayah menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar bakal berdepan denda sehingga RM1 juta dan penjara tidak melebihi 15 tahun di bawah penguatkuasaan Akta A16446 berkuat kuasa hari ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memaklumkan, hukuman menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan menyeludup hidupan liar itu, dikuatkuasakan kerana ia adalah jenayah serius yang menyebabkan sumber khazanah negara tidak ternilai akan terancam akibat aktiviti haram terbabit.

Katanya, jenayah itu juga dikategorikan sebagai jenayah terancang yang berskala besar merentasi sempadan negara (transnational organised crime), malah ia kesalahan serius dan perlu dihentikan.

“Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan menguatkuasakan 44 seksyen di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula 1 Februari 2023.

“Penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar, melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

“Kesalahan di bawah seksyen 71, iaitu ‘mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar dilindungi sepenuhnya tanpa ‘permit khas’ (penyeludupan), menyaksikan jika seseorang itu disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda sehingga satu juta ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pelaku jenayah menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar bakal berdepan denda sehingga RM1 juta dan penjara tidak melebihi 15 tahun di bawah penguatkuasaan Akta A16446 berkuat kuasa hari ini.
Pelaku jenayah menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar bakal berdepan denda sehingga RM1 juta dan penjara tidak melebihi 15 tahun di bawah penguatkuasaan Akta A16446 berkuat kuasa hari ini.

PERHILITAN berkata, melalui peningkatan kadar penalti di bawah pindaan ini, ia akan memberi satu mesej jelas kepada penyeludup bahawa mereka perlu sedar dan berhenti menjalankan aktiviti terbabit.

Katanya, peningkatan penaliti dan tempoh pemenjaraan ini juga adalah bersifat mencegah (deterrent), bertujuan memastikan hidupan liar terus kekal bagi generasi akan datang.

Selain itu, PERHILITAN memberitahu, seiring penguatkuasaan pindaan akta terbabit, pihaknya bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu, iaitu Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung.

“Melalui BP3 ini, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama-sama agensi penguatkuasaan kerajaan lain, melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) akan dilaksanakan.

“Program ini juga melibatkan badan bukan kerajaan (NGO), seperti Malaysian Conservation Alliance for Tiger (MYCAT) yang terdiri daripada TRAFFIC Southeast Asia, Wildlife Conservation Society - Malaysia Programme (WCS), WWF, MNS, Pelindung dan RIMBA.

“Program BP3 juga sudah diperkukuhkan melalui pelantikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT), Orang Asli (OA) dan Orang Awam, sebagai Renjer Hidupan Liar untuk membantu melaksanakan tugas operasi kawalan sempadan, rondaan serta penguatkuasaan di dalam kawasan perlindungan dan hutan simpan kekal di seluruh Semenanjung dalam menangani isu pencerobohan, selain pemburuan haram.

Pada masa sama, PERHILITAN berkata, pihaknya berharap agar Wildlife Crime Bureau (WCB) yang ditubuhkannya pada 2022 di bawah PDRM dapat membantu aktiviti penguatkuasaan Akta A1646 ini.

Menurutnya, pengukuhan WCB itu juga diharap dapat membantu mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan akta berkenaan, bagi konservasi hidupan liar.

“Sehubungan perkara itu, PERHILITAN menyeru orang ramai mengambil maklum mengenai akta ini dan bekerjasama menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah hidupan liar kepada pihak kami.

“Sebarang aduan dan maklumat berkenaan gangguan hidupan liar boleh disalurkan kepada PERHILITAN melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” katanya. - Getaran, 1 Februari 2023

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad