web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Batang Kali: 10 Agensi Penyelamat Dirai Dalam Majlis Penghargaan Khas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 9:37AM

Jabatan yang diraikan adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Sepuluh agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Batang Kali dekat sini pada 16 Disember tahun lepas diraikan dalam satu majlis penghargaan khas malam ini.

Antaranya ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Ketua Cabang PKR Hulu Selangor Dr N. Sathia Prakash berkata majlis anjuran Pusat Khidmat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali dengan kerjasama waris keluarga mangsa itu adalah sesuatu yang kecil jika dibandingkan dengan jasa pasukan SAR yang terlibat.

"Saya ada masa hari pertama operasi SAR dan beberapa hari lagi di sana, dan ini adalah sesuatu yang orang luar tidak akan tahu dan faham kerana tidak berada di lokasi kejadian. Memang secara psikososialnya, saya tahu anggota SAR ini sedih namun mereka tetap melakukan yang terbaik.

"Bagi saya, tanpa mereka kita tidak mungkin mampu melakukannya (mengesan kesemua mangsa tragedi) dalam tempoh sembilan hari terutamanya mangsa terakhir yang ditemukan hanya sehari sebelum perayaan Krismas. Ia adalah sesuatu yang amat kritikal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis itu.

Menyifatkan kerjasama semua pihak terlibat termasuk badan bukan kerajaan, sukarelawan dan pengamal media, beliau berkata operasi SAR tragedi yang meragut 31 nyawa itu adalah bukti kerja berpasukan yang baik dalam sejarah negara.

"Oleh itu, kita ambil keputusan untuk anjurkan majlis malam ini untuk berjumpa semua yang terlibat dan berterima kasih kepada mereka. Ini juga bukti bagi menunjukkan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia, kita tidak memilih bulu. Kita di sana untuk semua sebagai rakyat Malaysia," katanya. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru Kamil Hamadan pula berkata pasukannya yang merupakan antara responder pertama dalam tragedi awal pagi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu kini sudah tidak terjejas baik dari sudut emosi dan psikologi.

"Memang pada mulanya mereka akan terkesan terutama apabila melibatkan jumlah mangsa yang besar. Bagaimanapun, itu adalah lumrah kepada tugas kami memandangkan kami setiap hari berhadapan situasi kecemasan.

"Alhamdulillah, kini kebanyakan anggota yang terlibat sihat dan baik keadaan emosi dan psikologi mereka. Menerusi operasi SAR ini juga kami dapat bangunkan keyakinan dan kemahiran mereka untuk mengatasi tekanan mental dan fizikal," katanya yang berterima kasih dengan penghargaan kepada agensi penyelamat pada majlis itu.

Tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya itu telah meragut 31 nyawa termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun manakala 61 lagi terselamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi Bersambung Pagi Ini, Hanya Jumpa Selipar Mangsa Selepas 17 Jam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar