web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RCI Siasat Dakwaan Tommy Wajar, Orang Lain Janganlah Takut - Puad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 10:18AM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya adalah langkah yang wajar menerima pujian.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, keputusan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said itu adalah cerminan terhadap usaha kerajaan untuk melaksanakan reformasi institusi kehakiman.

Menurut beliau, RCI berkenaan diyakini mampu melihat dengan terperinci campur tangan pelantikan hakim dan Ketua Hakim yang didakwa dilakukan Tommy.

“RCI ini adalah syor Pasukan Petugas Khas terhadap buku Tommy Thomas, 'My Story: Justice in Wilderness.

“Laporan Pasukan Petugas Khas itu menyebut wujud campur tangan perlantikan hakim dan Ketua Hakim oleh Tommy Thomas dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pengumuman dibuat Azalina semalam berhubung persetujuan Jemaah Menteri untuk menubuhkan RCI bagi meneliti laporan pasukan petugas tersebut.

Azalina berkata, RCI itu bertujuan menggali kebenaran dan mengesyorkan kepada kerajaan agar satu reformasi dapat dilakukan terhadap institusi perundangan negara.

RCI berkenaan jelasnya, bukan bertujuan mencari kesalahan pihak tertentu.

“Penubuhan RCI ini adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang terletak di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Mohd Puad memberitahu, terlalu banyak kontroversi berlaku melibatkan institusi kehakiman,  termasuk pengesahan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berhubung kebocoran draf penghakiman rayuan kes SRC mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

“Rupanya keputusan sudah dibuat awal. Semoga Tengku Maimum tidak tuduh ini usaha untuk menakut nakutkan badan kehakiman.

“Saya setuju dengan Azina bahawa RCI ini bertujuan untuk mencari kebenaran serta mengemukakan syor reformasi institusi perundangan negara. Maka janganlah orang lain takut, ” katanya, sinis. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Semasa 2 tahun yang lalu

RCI Batu Puteh Untuk Tambah Baik Isu Kedaulatan Negara, Bukan Cari Salah - Azalina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Perkenan Penubuhan RCI, Tangani Kes Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad