web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Fokus Isu Rasuah Keterjaminan Makanan, Kartel Perolehan - Azam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 6:21PM

Azam Baki (tengah) ketika menghadiri Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2023 yang diadakan di Auditorium Ibu Pejabat SPRM. - Gambar Ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfokus kepada usaha mencari penyelesaian terhadap kes rasuah membabitkan isu keterjaminan makanan (food security) dan kartel dalam perolehan yang menjadi rungutan rakyat.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, rakyat di negara ini amat berharap kepada keberkesanan SPRM dalam menangani setiap isu rasuah. 

Menurutnya, kaedah penyelesaian isu keterjaminan makanan dan kartel dalam perolehan perlu dicari segera kerana ia menjadi igauan rakyat.

“Rasuah dalam penguatkuasaan masih lagi menjadi igauan rakyat dan kita (SPRM) kena berfikir apakah tindakan kita yang lalu sudah mencukupi untuk mengurangkan masalah ini.

"Kerana itu, kaedah-kaedah yang lebih berkesan seperti mewujudkan Task Force siasatan dengan agensi-agensi lain bagi menangani isu jenayah terancang dan penggunaan kaedah ‘proactive investigation’ perlu dipergiatkan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2023 yang diadakan di Auditorium Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Azam berkata, penjenayah bukan sahaja perlu dibawa ke muka pengadilan tetapi harta yang diperoleh secara salah juga perlu dirampas dan dikembalikan kepada rakyat.

Jelasnya, strategi SPRM dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mengurangkan ketirisan dalam tiga sektor rasuah masih lagi relevan namun tidak boleh berada di takuk lama.

"Kaedah-kaedah baharu dalam penyiasatan, perisikan, pencegahan dan pendidikan masyarakat perlu dilihat semula atau diperbaharui, malah ‘upskilling’ pegawai perlu dilakukan segera kerana SPRM tidak boleh ketinggalan dalam perkembangan arus perubahan negara.

"Kursus-kursus dalaman dan luar negara akan dipergiatkan, peralatan teknikal perlu diperbaharui, Bahagian Forensik SPRM perlu diperkasa dan pengetahuan pegawai dalam bidang pencegahan, bagi melihat isu tadbir urus yang baik dijalankan di sektor awam serta syarikat berkepentingan kerajaan harus dilipat gandakan," katanya.

Beliau dalam ucapan sama turut menyeru semua petugas supaya memulakan tahun baharu 2023 dengan penuh semangat dan iltizam tinggi serta peka dengan keadaan ekonomi, termasuk isu-isu yang membelenggu rakyat akibat rasuah atau salah guna kuasa.

“Saya berharap agar aspek pendidikan kepada masyarakat perlu lebih berkesan supaya mesej antirasuah yang hendak disampaikan lebih mudah difahami,” katanya. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad