web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhenti Normalkan Penderaan Fizikal, Tampar Budak Pun Salah!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 8:02PM

Hannah Yeoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa orang ramai supaya berhenti menormalisasikan penderaan fizikal sebagai cara untuk pematuhan tingkah lalu.

Menurut beliau, perbuatan tersebut sebagaimana tindakan seorang jurulatih menampar dua pemainnya adalah salah terhadap sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak, atlet, pasangan mahupun pembantu rumah.

“Baca komen mengenai insiden tampar oleh jurulatih bola tampar mengatakan adalah salah untuk menampar perempuan.

“Menampar budak pun salah. Malah, menampar sesiapa adalah salah. Rakyat Malaysia harus berhenti menormalisasikan penderaan fizikal sebagai cara untuk pematuhan tingkah laku,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial rakaman video memaparkan tindakan individu dipercayai jurulatih sebuah pasukan bola tampar bertindak menampar dua pemainnya.

Kejadian itu difahamkan berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan yang berlangsung di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengadakan siasatan bebas terhadap insiden berkenaan.

Katanya, siasatan bebas itu bertujuan untuk mengenal pasti sama ada acara melatih pemain menggunakan kekerasan sudah lama diamalkan pasukan bola tampar berkenaan.

“Kita harus belajar daripada insiden ini, memperbaiki dan memastikan ia tidak berulang,” katanya.

Dalam pada itu, KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib terhadap jurulatih terbabit.

Katanya, jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap jurulatih terbabit.

“KPM memandang serius isu dilaporkan media dan satu perjumpaan dengan ibu bapa murid terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan tersebut.

“KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden terbabit,” katanya.

Tegasnya, KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan. - Getaran, 2 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar