Berita Terkini

2 minit yang lalu: 8 maut, 10 cedera serangan di Baitulmaqdis Timur 16 minit yang lalu: Ringgit dijangka teruskan aliran meningkat pada minggu depan 18 minit yang lalu: Menteri Luar Turkiye, Ketua OIC bincang serangan berulang terhadap al-Quran 23 minit yang lalu: 8 termasuk 4 pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan kes di Tawau 1 jam yang lalu: Banjir di Johor: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,480 orang setakat 8 pagi ini - JPBN

IKUTI KAMI


Kadar Tol BESRAYA, LEKAS Turun Esok

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 11:30AM

Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) diturunkan bermula pada 12.01 tengah malam ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) diturunkan bermula pada 12.01 tengah malam ini, demikian diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata penurunan kadar tol itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya berkenaan iaitu IJM Corporation Berhad selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 21 Disember lepas. 

“Ia juga merupakan sebahagian penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi dua lebuh raya terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Nanta, penurunan kadar tol adalah sebanyak 15 sen bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) di Lebuhraya Besraya.

Sementara itu, kadar tol bagi kenderaan kelas 1 untuk Lebuhraya LEKAS dikurangkan daripada 0.1811 sen/kilometer (km) kepada 0.1666 sen/km bagi sistem tol tertutup manakala bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan kadar tol kekal seperti sedia ada.

Nanta menjelaskan melalui penurunan kadar tol bermula tengah malam ini, kenderaan Kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS akan membayar RM7.80 sehala.

Kadar tol yang dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS.

“Melalui penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya ini, kerajaan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan RM1.978 bilion sepanjang tempoh konsesi, dan peruntukan ini boleh disalurkan kepada keperluan asas lain rakyat Malaysia,” katanya.

Nanta berkata cadangan ini juga ialah tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya sedang mengambil langkah berterusan untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya tanpa mengabaikan sebarang obligasi yang dipersetujui dengan memastikan kepentingan semua pihak terutamanya pengguna lebuh raya sentiasa dilindungi. - Bernama

Sorotan

1

‘Saya Rela Dipecat Kerana Tak Mahu Bersekongkol Dengan Pemimpin Menguburkan UMNO’ - Noh

2

Dipecat Keahlian UMNO: ‘Saya Tak Kecewa…’ - Khairy

3

Penipuan Pekerjaan: Kemboja Mohon Maklumat Disalur Melalui PDRM, Kedutaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Undi18: KBS Semak, Susun Program Pendidikan Literasi Politik - Adam Adli

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Nekad Berpisah - Rexy

Politik 20 jam yang lalu

BN-PH Pahang Tubuh Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, Ikrar Selesai Isu Rakyat

oleh Sofian Baharom

Politik 1 hari yang lalu

‘UMNO Milik Semua Ahlinya, Bukan MKT Sahaja’- Khairy

oleh Susan Albert