web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasat Segera Guru Buat Lawak Rogol - Dr Wan Azizah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 1:50PM

Dr Wan Azizah berkata tindakan tegas harus diambil ke atas guru berkenaan. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan didesak segera melancarkan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan ke atas seorang guru, yang didakwa menjadikan jenayah rogol sebagai satu gurauan ketika sesi pengajaran di dalam kelas.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas guru berkenaan sekiranya jelas dan sahih perbuatan itu berlaku.

Kesal dengan insiden terbabit, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, perbuatan guru itu adalah perkara amat serius, kerana membenarkan secara nyata satu kesalahan jenayah yang sangat menjijikkan.

“Tindakan perlu diambil agar perkara seperti ini tidak berulang terutama di sekolah, yang seharusnya menjadi tempat paling selesa dan selamat untuk mana-mana pelajar.

“Adalah tidak wajar apabila seorang guru lelaki menunjukkan akhlak yang sebegitu, seolah-olah ‘mengajar’ pelajar-pelajar lelaki yang ada bersama-samanya dengan bahasa lucah.

“Ini menunjukkan sikap tidak hormat kepada wanita apatah lagi sehingga tahap ‘membenarkan’ jenayah rogol walaupun dalam bentuk gurauan,” katanya di sini hari ini.

Jumaat lalu, seorang pelajar tingkatan lima menerusi aplikasi TikTok dan Twitter mendedahkan perilaku seorang guru yang mengajar perihal gangguan seksual, di bawah subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

Guru lelaki berkenaan didakwa menggunakan ayat berunsur lucah ketika mengajar, termasuk membenarkan perbuatan rogol jika dilakukan terhadap individu berusia 18 tahun ke atas.

Dia turut berkongsi tangkap layar mesej yang dikirim kepada guru kaunseling tempatnya menuntut, yang ternyata tidak memandang serius perkara itu.

Pendedahan yang dibuat juga menarik perhatian Dr Maszlee Malik. - Tangkap layar dari Twitter
Pendedahan yang dibuat juga menarik perhatian Dr Maszlee Malik. - Tangkap layar dari Twitter

Susulan kejadian, remaja terbabit bersama bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab membuat laporan polis malam tadi.

Pendedahan berani dibuat remaja perempuan itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik serta mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Maszlee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) berkata, pengetua sekolah seharusnya melihat insiden berkenaan secara serius kerana jenayah rogol bukan perkara yang sewajarnya dijadikan bahan lawak.

“Minta siasat apa yang didakwa dan siapa guru yang terlibat. Rogol bukanlah bahan jenaka, dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya,” katanya dalam satu ciapan di Twitter miliknya semalam. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad