web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johari Speaker Dewan Rakyat Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 10:27AM

Johari Abdul - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu pada sesi persidangan pertama Dewan Rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Johari yang menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun, telah memperoleh 147 undian selepas mendapat sokongan Ahli Parlimen.

Beliau menjadi individu ke-11 dilantik untuk jawatan itu.

Terdahulu, nama Johari dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH) dan disokong Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk - BN).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-PN), mencadangkan Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dilantik sebagai calon pilihan blok pembangkang.

Mohd Radzi hanya memperoleh 74 undian.

Pada 2 Disember, media melaporkan, Azhar Azizan mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang.

Johari semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun di Kedah, berkuat kuasa serta-merta. - Getaran, 19 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad