web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tolong Patuh SOP, Kasihanilah Kami - Peniaga Bazar Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 9:09AM

Golongan peniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri merayu supaya pengunjung ikut SOP, jangan sampai bazar diarah tutup. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembukaan semula bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini sememangnya memberi peluang buat para peniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.

Walaupun pembukaan bazar tersebut memberi sinar baru buat para peniaga, namun rata-rata mereka turut melahirkan perasaan bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Justeru, bagi seorang peniaga makanan , Zainul Ariffin,38, yang berniaga di bazar ramadan sekitar Kuala Lumpur, kesedaran dan kerjasama pelanggan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membeli juada diingini amat diharapkan.

"Saya sudah berniaga selama lebih 10 tahun, dan ini merupakan pengalaman pertama berniaga ketika negara masih berdepan virus COVID-19.

"Walaupun rasa bersyukur dapat berniaga seperti biasa, saya bimbang apabila ada di kalangan pengunjung yang datang ke bazar tanpa mengikut SOP ditetapkan. 

"Ada yang datang beramai-ramai, jarak langsung tidak dijaga," katanya kepada Getaran.

Pendapat sama turut dikongsi Fadzilah Mohd Nor, 35, peniaga bazar Ramadan di Bangi, Selangor.

"Lebih seminggu saya memulakan perniagaan di bazar ini, rata-rata ibu bapa hadir dengan membawa bersama anak-anak kecil, malah ada yang membiarkan anak mereka tidak memakai pelitup muka.

"Dalam hal ini, saya lihat ibu bapa sendiri tidak peka dengan keadaan sekeliling. Sanggup biarkan anak kecil terdedah risiko. Seeloknya tidak perlu libatkan anak atau bawa anak kecil ke bazar Ramadan yang sesak sebegitu," katanya.

Tegas Fadzilah, walaupun dia menyokong pembukaan bazar Ramadan bagi memberi peluang peniaga meneruskan sumber pendapatan, namun ia bukanlah tiket untuk pengunjung mementingkan diri sendiri, semata-mata kerana tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahan membeli juadah diingini.

"Saya mencadangkan agar penganjur memperketatkan SOP di bazar dengan tidak memberi kebenaran ibu bapa membawa anak kecil ke bazar. Ia kerana kanak-kanak antara individu yang senang terdedah dengan virus itu. 

"Jangan disebabkan sikap pentingkan diri ini, wujud kluster bazar, sehingga menyebabkan semua peniaga tidak dibenarkan berniaga. Kami juga sama-sama cari makan," katanya lagi.

Sementara itu, peniaga bazar Ramadan di Cheras, Mohd Rahman Abdullah, 40 turut melahirkan perasaan bimbang kerana tahun ini merupakan pengalaman pertama dia berniaga di bazar Ramadan.

Katanya, sebanyak RM10,000 telah dibelanjakan bagi kos keseluruhan termasuk sewaan tapak dan barangan keperluan.

"Saya belum ada pengalaman berniaga di bazar Ramadan kerana sebelum ini hanya membuka gerai di sekitar Cheras. Tetapi disebabkan pandemik, perniagaan saya terjejas dan cuba mencari peluang berniaga di bazar Ramadan.

"Bagaimanapun saya bimbang berlaku kluster berpunca daripada bazar Ramadan yang sudah pasti memberi impak negatif kepada peniaga," katanya.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, operasi bazar Ramadan akan ditutup sekiranya terdapat kluster jangkitan COVID-19 yang melibatkan peniaga dan pengunjung.

Dr Adham berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara berkenaan.

Berhubung pemberian kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenakan kompaun kepada individu yang gagal mematuhi SOP, beliau berkata lantikan di bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) itu bertujuan memastikan tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan adalah tinggi. - Getaran, 24 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran