web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Segera Wujud SOP Akses Telekomunikasi Di Kawasan Bencana - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 7:01AM

Fahmi berkata, sebagai langkah awal Telekom Malaysia (TM) dan syarikat telekomunikasi telah diarah menghantar ‘Mobile Coverage Vehicle’ bagi pelaksanaan ‘Coverage On Wheels’ (COW) di lokasi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta syarikat telekomunikasi diminta segera mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) akses telekomunikasi di kawasan bencana.

Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau akan berbincang dengan MCMC serta penyedia rangkaian mudah alih bagi menyegerakan SOP itu terutama apabila wujud keperluan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Saya hadir malam tadi untuk teliti aspek komunikasi yang melibatkan liputan yang saya difahamkan rakan-rakan media hadapi kesukaran. Bukan media sahaja tetapi semua di sini, saya akui ia memang kurang memuaskan.

"Saya akan dapatkan maklumat penuh dan kita mungkin teliti semula beberapa perkara selain dapatkan kerjasama daripada pihak syarikat telekomunikasi untuk pastikan isu capaian sama ada Internet atau liputan tidak berulang terutama dalam situasi bencana pada masa hadapan," katanya.

Puluhan pengamal media yang membuat liputan tragedi itu berdepan masalah mendapatkan akses capaian Internet bagi melaporkan perkembangan terkini berhubung insiden tersebut.
Puluhan pengamal media yang membuat liputan tragedi itu berdepan masalah mendapatkan akses capaian Internet bagi melaporkan perkembangan terkini berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh di sini malam tadi selain meninjau gerak kerja pengamal media yang terganggu dengan isu jaringan telekomunikasi di kawasan itu. 

Fahmi juga berkata, sebagai langkah awal bagi mengatasi itu, pihak Telekom Malaysia (TM) dan syarikat telekomunikasi telah diarah menghantar ‘Mobile Coverage Vehicle’ bagi pelaksanaan ‘Coverage On Wheels’ (COW) di lokasi.

"Ada beberapa peralatan telekomunikasi yang telah dihantar termasuk daripada TM dan Celcom, Digi serta UMobile. Pihak Maxis juga sudah melakukan ‘tilting’ untuk bantu kurangkan isu tersebut yang kebanyakannya adalah masalah teknikal dan geografi.

"Saya difahamkan TM ada satu poin yang berdekatan di mana mereka boleh tarik fiber dan sedang dalam usaha untuk siapkan akses Wi-Fi," katanya.

Fahmi berkata, beliau juga akan membawa laporan berhubung masalah itu ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.

Setakat tengah malam tadi, 12 mangsa masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini pada awal pagi Jumaat. - Bernama

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad