web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bau Sampah Ganggu Penduduk Taman Bukit Jalil, MB Selangor Beri Amaran Tegas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 3:07PM

Amirudin ketika melawat tapak haram pelupusan sampah di Taman Bukit Jalil, baru-baru ini. - Gambar dari Facebook Amirudin Shari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari memaklumkan kerajaan negeri bakal meluluskan peruntukan hampir RM3 juta sebagai kos bagi membasmi punca bau busuk akibat sampah di Taman Bukit Jalil, Selangor.

Katanya, peruntukan itu adalah sebahagian usaha kerajaan negeri berkenaan dalam mengatasi bau busuk di situ yang menjejaskan lebih 10,000 penduduk di sekitarnya.

Beliau berkata, arahan juga dikeluarkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya tindakan segera diambil terhadap pihak bertanggungjawab yang terbabit dengan tapak haram pelupusan sampah di kawasan itu.

Amirudin Shari - Gambar fail
Amirudin Shari - Gambar fail

“Baru-baru ini, saya menyertai operasi membanteras tapak haram pelupusan sampah di Taman Bukit Jalil.

“Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini bukan hanya melanggar undang-undang, malah menyusahkan penduduk dengan bau busuk.

“Kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas serta tidak menolak kemungkinan mengeluarkan Notis 8A, iaitu tindakan merampas tanah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Amirudin berkata, kerajaan Selangor komited dalam usaha mengatasi situasi berkenaan, termasuk memelihara kolam takungan dengan proses mitigasi.

“Kerja semburan enzyme Effective Microorganism sudah dijalankan supaya mengurangkan kesan bau leachate/air sampah yang mengalir ke dalam kolam takungan.

“Pemilik tanah serta mana-mana pihak berkaitan diberi amaran keras. Kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas bagi membanteras perbuatan menyusahkan rakyat dengan segala ruang upaya yang mungkin,” katanya. - Getaran, 12 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar