web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15 Dah Habis Kan? Bersihkanlah Bahan Kempen!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 7:04AM

Poster-poster parti yang bertanding pada PRU-15 masih belum dibersihkan di beberapa lokasi di ibu kota. - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemasangan bahan kempen seperti sepanduk, kain rentang, bendera, poster dan papan tanda sememangnya adalah pemandangan biasa setiap kali menjelang pilihan raya.

Sejurus selesai hari penamaan calon, bahan kempen itu mula bertebaran di merata lokasi strategik.

Dianggap sebagai antara medium promosi, ia sedikit sebanyak adalah faktor yang memeriahkan suasana.

Meskipun begitu, pemandangan yang sering ditakrifkan sebagai berwarna-warni mula dianggap menjelikkan apabila sejumlah besar bahan kempen tersebut dilihat masih terpasang walaupun setelah hampir dua minggu Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15) berakhir.

Bahan kempen yang masih belum dibersihkan ini mengundang kerisauan penduduk kerana sejumlah besar bahan tersebut sudah tercabut atau patah lalu bersepah di tengah jalan. 
Bahan kempen yang masih belum dibersihkan ini mengundang kerisauan penduduk kerana sejumlah besar bahan tersebut sudah tercabut atau patah lalu bersepah di tengah jalan. 

Walaupun beberapa tempat sudah mula kelihatan berkurangan dan bahan kempen tersebut sudah ditanggalkan, namun tinjauan Getaran hari ini mendapati masih terdapat beberapa kawasan di sekitar Cheras yang masih belum dikemas sehingga mengganggu orang awam. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), bahan kempen yang dipamerkan atau dilekatkan hendaklah dibersihkan oleh calon atau ejen pilihan raya dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

Mengikut tempoh yang diberi, tarikh akhir bahan kempen perlu ditanggal dan dikemaskan ialah pada 3 Disember. 

Namun, ia mengundang kerisauan penduduk kerana sejumlah besar bahan tersebut sudah tercabut atau patah lalu bersepah di tengah jalan. 

Penjual burger, Fathihi Mohd Fateh, 36 berkata, bahan kempen terbabit sudah dipasang di tepi gerai tanpa pengetahuannya sehingga menutupi pandangan pemandu kenderaan di simpang jalan.

“Saya tidak marah tetapi apabila nak pasang bendera parti ini cubalah tengok dulu, tutup pandangan atau tidak. Bila dah pasang, tak reti pula nk cabut cepat-cepat, padahal PRU-15 dan habis, PM (Perdana Menteri) pun dah ada,” katanya.

Dia mendakwa, seorang penunggang motosikal pada minggu lalu hampir kemalangan akibat tiang buluh bendera yang tiba-tiba patah dan jatuh di tengah jalan.

“Minggu lepas, ada seorang budak bawa motosikal, nyaris nak tergelincir sebab tiang buluh bendera ini jatuh dekat jalan, lepas tu motosikal itu terlanggar tiang berkebaan.  Nasib baik tak jatuh budak itu,” jelasnya.

Penduduk setempat mahu bahan-bahan kempen ini dibersihkan segera apatah lagi PRU-15 sudah berakhir.
Penduduk setempat mahu bahan-bahan kempen ini dibersihkan segera apatah lagi PRU-15 sudah berakhir.

Seorang pengawal keselamat di sebuah kondominum yang tidak mahu mendedahkan namanya pula berkata, bendera kempen sudah banyak kali tercabut. 

Malah katanya, pernah beberapa kali apabila dilanggar kereta, tiang atau buluh tersebut terpelanting di kawasan sekeliling.

“Tidak mengapa untuk berkempen, tapi lepas habis PRU-15, cepat-cepatlah tanggalkan semula. Hari itu saya nampak tiang bendera jatuh, lepas itu kereta langgar dan tiang patah dan terpelanting. Kalau orang atau motorsikal ada di tepi macam mana? Sangat bahaya!” katanya.

Dia turut mempersoal, adakah bendera yang dipasang itu akan dibuang atau disimpan semula kerana setiap kali dia membantu mengalihkan bendera tersebut, ia kelihatan masih baharu.

Katanya, jika setiap kali PRU, bendera baharu dihasilkan dan selepas itu tidak dijaga dengan elok, maka ia adalah satu pembaziran.

“Kadang-kadang saya dengan orang lain tolong juga alihkan bendera dan kayu yang jatuh sebab risau keselamatan orang lain.

“Tapi, setiap kali saya tolong alihkan bendera, saya mendapati semua bendera seperti baharu. Adakah mereka akan simpan dan gunakan semula untuk PRU yang akan datang atau dibuang sahaja? Jika setiap kali PRU, mereka buat bendera baharu, tidakkah itu membazir namanya?” soalnya.

Difahamkan, jika calon atau ejen pilihan raya melanggar tempoh atau akta ditetapkan SPR, tindakan menarik semua deposit pembayaran yang dibuat untuk menjadi calon akan diambil.

Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan (KWDS) dan Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menggunakan wang tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan bahan kempen. - Getaran, 30 November 2022.

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad