web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulangi Dakwaan Fitnah Salah Guna Kuasa, Guan Eng Saman Azmin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 1:52PM

Pada masa sama, Lim Guan Eng sedang mempertimbangkan untuk memfailkan prosiding saman fitnah terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat kenyataan palsu yang sama terhadapnya baru-baru ini - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosiding fitnah terhadap pemimpin Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana membuat kenyataan palsu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Menurut mantan Menteri Kewangan itu, Mohamed Azmin memfitnah dengan menyatakan beliau menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengejar semua syarikat berkaitan MCA dan bertanggungjawab terhadap cukai baharu, menyasarkan perniagaan Cina tertentu.

Beliau bagaimanapun menafikan pernah menggunakan LDDN untuk tujuan demikian.

“Walaupun saya berulang kali meminta Azmin menunjukkan bukti, namun beliau gagal berbuat demikian.

“Sebagai salah seorang ‘arkitek’ utama Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih secara demokratik, Azmin dalam keadaan terdesak dan cuba untuk melepaskan peranan ‘pengkhianatnya’.

“Azmin memilih saya untuk dijadikan sasaran dengan membuat serangan peribadi walaupun saya tidak membuat provokasi terhadapnya, namun beliau tetap mencipta pembohongan yang diterbitkan oleh MCA dan akhbar pro kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Guan Eng berkata, beliau pernah memenangi saman fitnah di mahkamah berhubung perkara berkaitan salah guna kuasa sebagai Menteri Kewangan pada 2019.

Katanya, seorang ahli perniagaan yang juga penyokong kerajaan hari ini menyindir badan cukai itu mengejarnya selepas dihasut beliau.

“Terdapat cukai baharu yang dikenakan kerajaan semasa ke atas rakyat dan perniagaan, seperti cukai durian runtuh tahun ini, dan tahun depan cukai jualan sebanyak 10 peratus.

“Ia untuk pembelian dalam talian barangan dari luar negara bernilai rendah di bawah RM500 dan keuntungan yang diperoleh di luar negara dibawa masuk oleh syarikat Malaysia.

“Terdapat kebimbangan bahawa gaji atau upah yang diperolehi oleh individu terutama dari Singapura, juga akan dikenakan cukai sama sekiranya kerajaan semasa mengekalkan kuasa,” katanya.

Tegas beliau lagi, semua cukai tersebut tiada kaitan dengan dirinya.

Ketika menjadi Menteri Kewangan, Guan Eng mendakwa beliau mengurangkan cukai ke atas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada 18 peratus kepada 17 peratus dan meningkatkan ambang pendapatan daripada RM500,000 kepada RM 600,000.

“Dalam erti kata lain, pendapatan bercukai RM600,000 pertama akan dikenakan cukai PKS sebanyak 17 peratus dan mana-mana pendapatan melebihi RM 600,000 akan dikenakan kadar cukai korporat sebanyak 24 peratus.

“Azmin memfitnah saya sekali lagi kerana cuba mensabotaj agensi milik Bumiputera seperti Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

“Sehingga hari ini beliau gagal menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaan liarnya. Memandangkan beliau terus mengulangi fakta palsu tanpa bukti, saya tidak mempunyai pilihan selain mengarahkan peguam mengambil tindakan segera,” katanya.

Pada masa sama, Guan Eng yang juga calon DAP Bagan sedang mempertimbangkan untuk memfailkan prosiding saman fitnah terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat kenyataan palsu yang sama terhadapnya baru-baru ini.

“Keputusan muktamad akan dibuat selepas perbincangan dengan peguam saya selepas hari pengundian, Sabtu ini,” katanya. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan