web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Berbeza Zaidi, Nurul Izzah Untuk Tawan Permatang Pauh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 11:29AM

Nurul Izzah berkata masih banyak perubahan mahu dilakukan kepada negara. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Dua calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dari Barisan Nasional (BN) dan calon Pakatan Harapan (PH) Nurul Izzah Anwar, mempunyai misi berbeza dalam usaha menawan kerusi Parlimen itu.

Bagi Mohd Zaidi, dengan kemenangan membolehkan beliau menangani isu pembangunan di kawasan berkenaan manakala Nurul Izzah pula mahu terus berkhidmat kepada pengundi di situ.

Mohd Zaidi berkata beliau akan mengetengahkan isu dan masalah melanda pengundi di Permatang Pauh berikutan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah dan rumah untuk golongan miskin, masih kurang.

“Isu-isu ini akan jadi bahan atau tajuk strategi kempen dan ini yang kita akan tawarkan kepada masyarakat Permatang Pauh.

“Sepanjang 23 tahun segala pembangunan di sini kelihatan terbantut.

“Satu perubahan diperlukan supaya isu ini dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata BN dan PH kini ‘bermain’ di gelanggang sama kerana kedua-dua parti itu pernah berada di pihak kerajaan dan pembangkang dan sedikit sebanyak membantu BN untuk tampil dengan strategi baharu pada PRU-15.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15 menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandang Nurul Izzah (PH-PKR), Mohd Zaidi (BN-UMNO), Muhammad Fawwaz Mat Jan (PN-PAS) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra).

Bagi Nurul Izzah, 42, beliau berharap untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana masih banyak perubahan mahu dilakukan kepada negara.

Katanya, kemenangan itu demi menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhan selain melakukan penambahbaikan dan perubahan dengan efektif.

“Antara komitmen saya adalah memastikan 20 peratus murid di seluruh negara yang dianggarkan buta huruf mendapat pembelajaran. Perkara ini cuma boleh diselesaikan melalui peringkat pusat,” katanya.

Pada PRU14, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR memenangi kerusi itu dengan 35,534 undi. Beliau menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 15,668 undi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar