web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Dakwaan Lelaki Bangladesh Ada MyKad Tak Benar, Dia Warga Malaysia’ - JPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 8:20PM

Paparan MyKad tular di media sosial yang kononnya didakwa milik rakyat Bangladesh adalah tidak benar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Paparan MyKad tular di media sosial yang kononnya didakwa milik rakyat Bangladesh adalah tidak benar dan lelaki itu sememangnya warganegara Malaysia.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), individu terbabit diambil secara sah dari sudut undang-undang dan dibesarkan keluarga Cina sejak dilahirkan.

Katanya, isu terbabit juga dilaporkan pihak media yang menjelaskan bahawa individu tersebut adalah warga Malaysia sah.

“JPN ingin merujuk terhadap dakwaan sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp kononnya ramai warga Bangladesh diberikan MyKad menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“JPN ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar, sebaliknya MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak sahaja berdasarkan peruntukan perundangan,” menurutnya menerusi hantaran di Facebook.

Susulan dakwaan palsu itu, JPN menegaskan, pihaknya sudah membuat satu laporan polis kelmarin.

“Tindakan ini bukan sahaja boleh menjatuhkan imej dan menjejaskan kredibiliti JPN, malah mencetuskan kebimbangan awam. 

“Laporan tersebut dibuat supaya pihak polis boleh menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan dakwaan palsu berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, JPN mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum membuat perkongsian.

“Tindakan undang-undang boleh diambil kepada mana-mana individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu.

“Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected],” katanya.

Menerusi hantaran itu, JPN turut melampirkan pautan siaran media mengenai status lelaki itu yang bukan warganegara Bangladesh, sebaliknya rakyat tempatan.

Isu terbabit mula diperkatakan selepas tular gambar MyKad lelaki dengan nama Cina, tetapi berwajah tidak sepadan kaum itu.

Netizen mendakwa kononnya beliau adalah warganegara Banglasdesh tetapi menerima MyKad.

Bagaimanapun, menerusi kunjungan media bertemu keluarga angkat lelaki itu seperti dilaporkan, mereka mengesahkan beliau adalah rakyat Malaysia.

Lelaki terbabit dilahirkan berbangsa India, tetapi dibesarkan keluarga Cina dan diberi nama berkenaan. – Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad