Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Taktik PRU? Pembangkang Tuntut Penjelasan Penutupan Autogate Di CIQ JB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Oct 2022 9:16AM

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar. - Gambar Jpatokal/Wikimedia Commons

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin pembangkang naik angin berhubung keputusan penggantungan operasi bahagian sistem pelepasan automatik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baru kerana kerja menaik taraf hampir sebulan, serentak dengan tempoh pilihan raya umum (PRU).

Mereka menuntut untuk mengetahui mengapa ia perlu dilakukan sedangkan mungkin ratusan ribu rakyat Malaysia yang kini menetap di Singapura dijangka pulang ke tanah air untuk mengundi dan sama ada tindakan itu percubaan terang-terangan oleh kerajaan untuk menghalang kepulangan mereka.

Dianggarkan terdapat 100,000 pengundi Johor kini bekerja di Singapura, dengan lebih 7,000 daripada mereka layak mengundi sebagai pengundi pos.

Menurut unit komunikasi korporat kompleks itu, penutupan sementara beberapa autogate dari 16 Oktober hingga 10 November depan adalah bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dan pemasangan alat tersebut.

Dalam catatan di Facebook, unit tersebut memaklumkan pengembara masih boleh menggunakan autogate yang tidak terlibat atau sebagai alternatif, kaunter manual sedia ada.

Ketika dihubungi, seorang pegawai CIQ berkata, separuh daripada 28 kaunter pintu masuk dan keluar tidak akan beroperasi dalam tempoh tersebut.

Tindakan itu dijangka menyebabkan barisan lebih panjang di pusat pemeriksaan sempadan yang sudah sesak menyaksikan purata harian lebih 130,000 orang menggunakan laluan tersebut.

Penutupan autogate di kompleks tersebut hanya diumumkan pada 14 Oktober, beberapa hari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU yang dikhabarkan akan berlangsung pada awal November.

Bercakap kepada The Vibes, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, kerajaan harus tampil bersih dan memberikan penjelasan mengenai isu itu, memandangkan ramai rakyat Malaysia mungkin terjejas jika hari pengundian jatuh pada atau sebelum 10 November, ketika kerja naik taraf di CIQ dijangka siap.

“Kerajaan harus menjelaskan kepada orang ramai sama ada mereka mempunyai motif tersembunyi untuk menyebabkan penderitaan kepada sebilangan besar rakyat,” katanya.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan penyandang Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menuntut jawapan daripada kerajaan dan mempersoalkan mengapa penaiktarafan itu tidak dilakukan lebih awal ketika pintu sempadan negara ditutup semasa pandemik COVID-19.

“Mengapa hanya menaik taraf dan menggantikan (pintu automatik) sekarang dan bukan dalam tempoh dua tahun berkurung?.

“Mereka mempunyai masa mencukupi untuk melakukannya, namun memilih masa terburuk, di mana ratusan ribu rakyat Malaysia berulang-alik setiap hari dan akan terjejas teruk.”

Mantan Pengerusi PKR Johor dan penyandang Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sebarang tindakan menyekat rakyat daripada mengundi tidak boleh diterima.

Tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua parti politik untuk memelihara hak setiap rakyat Malaysia untuk mengundi.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku manipulasi dan muslihat politik di pihak parti pemerintah untuk memastikan peratusan keluar mengundi rendah sambil menegaskan langkah itu bertentangan dengan semangat demokrasi.

“Saya tidak fikir kerajaan atau Perdana Menteri harus tunduk kepada taktik sedemikian. Memang, pilihan raya boleh diadakan pada 12 November, dan oleh itu mereka mungkin cuba menaik taraf sistem sebelum itu.

“Tetapi jika ini tidak berlaku, kita perlu bangkitkan (dengan) pihak berkuasa untuk menyiasat dan menuntut penjelasan,” katanya.

 Di Facebook, beberapa pengguna turut memberi komen di hantaran unit tersebut dengan kebanyakannya mengecam keputusan menjalankan kerja penaiktarafan itu menjelang tempoh pilihan raya dan bukannya ketika negara dalam perintah kawalan pergerakan.

Usaha untuk mendapatkan komen Jabatan Imigresen bagi mengulas mengenai perkara itu masih belum berhasil. - The Vibes, 19 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

4

Semasa 2 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 3 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 6 jam yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk