Berita Terkini

1 jam yang lalu: Piala Dunia: Perancis 3 Poland 1, England 3 Senegal 0 1 jam yang lalu: Safawi Rasid dipinjamkan ke kelab Thai, Ratchaburi 1 jam yang lalu: Tambang feri penduduk pulau tioman RM20 sehala mulai Januari 1 jam yang lalu: Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam kerajaan perpaduan - Saifuddin Nasution 1 jam yang lalu: Speedy Tigers tumpas 4-0 kepada Korea Selatan, raih tempat keempat

IKUTI KAMI


Cikgu Fadli Tidak Bersalah Kesemua Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 8:43PM

Mohd Fadli Mohamed Salleh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (Nombor 1), Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan dibebaskan daripada kesemua tiga pertuduhan dihadapi, berhubung tindakannya menyuarakan isu mengenai sistem pendidikan di negara ini di media sosial dan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Tiga pertuduhan itu adalah memuat naik hantaran di platform media sosial Facebook mengenai jadual waktu dan mata pelajaran diajar di sekolah rendah; memuat naik hantaran di Facebook mengenai subjek diajar kepada murid Tahun Satu serta mengadakan sesi Facebook Live untuk bercakap mengenai masalah pendidikan di Malaysia, khususnya subjek yang terlalu banyak.

Perkara itu dimaklumkan Mohd Fadli menerusi siaran secara langsung di Facebook malam ini.

Keputusan itu tertera menerusi surat ditandatangani Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (Nombor 1) KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof yang diterima beliau hari ini.

Menerusi siaran langsung itu, Mohd Fadli secara peribadi menyifatkan keputusan tidak bersalah dan bebas daripada pertuduhan terbabit mungkin kerana tekanan diberikan masyarakat, termasuk netizen yang menyokong perjuangan dilakukannya.

“Mungkin (pertuduhan) ini sebab saya dianggap terlalu lantang, namun hukuman paling maksimum yang dikatakan mahu dikenakan ke atas saya kerana menegur dasar KPM, terlalu zalim,” katanya.

“Keputusan ini juga mungkin didorong bukti dokumen dan surat representasi kukuh dikemukakan peguam mewakili saya, Nor Zabetha Muhamad Nor, terima kasih kepada beliau,” katanya.

Di sebalik tindakan itu, Mohd Fadli memohon kemaafan daripada mana-mana pihak, termasuk dalam kalangan pegawai KPM yang terkesan dan terasa dengan tindakannya, namun ia demi kebaikan sistem pendidikan serta anak murid di negara ini.

Kontroversi membabitkan Mohd Fadli tular sejak Sabtu lalu, selepas beliau menerusi Facebook secara terbuka mendedahkan akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu membabitkan sistem pendidikan, termasuk beg sekolah berat, silibus subjek dan bilangan murid dalam setiap kelas.

Menerusi laman sosial itu, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak terbabit turut memaparkan gambar surat bertarikh 22 September lalu yang diterimanya bagi memaklumkan beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib berkenaan.

Isu dihadapi Mohd Fadli semakin panas apabila ia dikongsi secara meluas pengguna media sosial dan beberapa pemimpin politik daripada parti politik berbeza, selain mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menyuarakan pandangan mereka berhubung pendedahan diketengahkan serta nasib didepaninya.

Kata mereka, tidak wajar seorang pendidik bukan sahaja ‘ditutup mulut’ daripada memperjuangkan nasib anak murid, malah seharusnya pandangan mereka didengar pihak atasan kementerian demi kebaikan dan memantapkan bidang pendidikan negara.

Pada masa sama, pendedahan Mohd Fadli disokong guru dan warga maya, terutama ibu bapa yang bersetuju dengan isu serta masalah disuarakan guru terbabit.

Satu petisyen turut dilancarkan menerusi platform change.org bagi menuntut keadilan dan memberikan sokongan kepadanya yang menerima ribuan tandatangan.

Pada masa sama, isu terbabit mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang mempelawa Mohd Fadli bertemu untuk mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru berkenaan.

Malah, melihat kepada tindakan beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan dan mempolitikkan isu silibus pembelajaran ketika ini, beliau menegaskan, ‘ia bukan silibus Radzi Jidin’.

Jelasnya, silibus digunakan di sekolah bukan baru dibangunkan KPM, sebaliknya sudah dipratik sejak 2017 dan digubal lebih awal dari itu.

Manakala, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan sebelum ini berharap, situasi ‘menang-menang’ dapat dicapai dalam isu membabitkan Mohd Fadli dengan KPM. – Getaran 18 Oktober 2022

Sorotan

1

MPM Percaya Hannah Yeoh Mampu Tingkatkan Martabat 'Pergerakan Paralimpik'

2

17 Projek Perumahan Sakit, 7 Terbengkalai di Johor - Exco

3

Nomad Digital, Bekerja Sambil Bercuti Di Lokasi Impian

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Cukuplah Muhyiddin, Belajar Jadi Pembangkang Berwibawa Bukan Merengek, Meroyan - Ahmad Zahid

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Pembentukan Kabinet: BN Sabah Rasa Tersisih, Anggap Agihan Tak Seimbang

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kaum India PH Kecewa Kurang Wakil Dalam Kabinet Anwar

oleh Aiman Sadiq

Semasa 19 jam yang lalu

17 Projek Perumahan Sakit, 7 Terbengkalai di Johor - Exco