Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Tohmahan Pembangkang Tak Benar, RM95 Bilion Beri Faedah Kontraktor Kecil’ - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 11:55AM

Ismail Sabri (tengah) bergambar bersama ahli PKMM pada majlis perasmian Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan mesyuarat agung tahunan ke-43 PKMM, di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan pembangkang bahawa perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM95 bilion di bawah Bajet 2023 hanya akan menguntungkan syarikat taikun dan konglomerat.

Sebaliknya, beliau memberi jaminan bahawa kontraktor tempatan yang berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya di bawah peruntukan DE untuk membangunkan projek pembangunan negara.

Menurut beliau, pembangkang berkemungkinan lupa bahawa kerajaan bukan sahaja meluluskan projek mega tetapi pembinaan sambungan seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak. 

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

"Struktur jalan di dua negeri itu perlu dibangunkan dengan cara moden, ini tanggungjawab kerajaan. Projek ECRL juga  menyediakan puluhan ribu pekerjaan yang mendapat faedah adalah rakyat dan kontraktor kecil kerana ia termasuk untuk peruntukan luar bandar.

"Dari RM95 bilion itu, difahamkan RM3 bilion untuk pembangunan luar bandar. Bukan projek besar sahaja namun projek kecil seperti pembinaan jalan luar bandar pembangunan untuk elektrik, air luar bandar dan sebagainya.

"Tohmahan pembangkang tidak benar kerana RM95 bilion memberi faedah kepada kontraktor kecil dari G1 hingga G4," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kontraktor Melayu Malaysia Kali Ke-43 di Pusat Dagangan (WTC) PKMM, dekat sini, hari ini.

Sebahagian ahli PKMM yang hadir pada mesyuarat persatuan berkenaan hari ini.
Sebahagian ahli PKMM yang hadir pada mesyuarat persatuan berkenaan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, bajet 2023 turut menyediakan pelbagai inisiatif untuk kontraktor seperti peruntukan sebanyak RM500 juta khusus kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan, titi dan jambatan kecil, rumah ibadat serta infrastruktur yang rosak akibat banjir. 

Bagi menyokong kontraktor Bumiputera, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan juga akan menyediakan pembiayaan jangka pendek kepada kumpulan itu yang terlibat dalam bidang elektrikal dan pembinaan melalui Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE) dengan dana RM20 juta. 

"Sebanyak RM50 juta nilai projek kecil akan dikhususkan kepada kontraktor wanita kelas G1 hingga G4 menerusi inisiatif Kontraktornita bagi menyokong penyertaan lebih ramai kumpulan itu dalam perolehan kerajaan. 

"Namun, semua ini akan hanya dinikmati sekiranya bajet 2023 ini dibentangkan kembali dan diluluskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Maknanya kerajaan hari ini perlu dipilih kembali untuk menerajui negara,” katanya.

Ismail Sabri menerima cenderamata berupa gambarnya pada majlis majlis perasmian Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan mesyuarat agung tahunan ke-43 PKMM, di Kuala Lumpur, hari ini.
Ismail Sabri menerima cenderamata berupa gambarnya pada majlis majlis perasmian Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan mesyuarat agung tahunan ke-43 PKMM, di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap kontraktor terlibat dalam projek kerajaan dapat menunjukkan prestasi terbaik dari segi kualiti, produktiviti dan profesionalisme serta menyiapkan projek mengikut waktu ditetapkan.

Jelasnya, peruntukan terbabit bukan sahaja menjadi pelaburan jangka masa panjang untuk menghidupkan kembali pembangunan fizikal dan ekonomi, tetapi juga merancakkan semula pelaksanaan projek khususnya bagi kontraktor kecil dan sederhana. 

"Kerajaan menyedari dalam suasana ekonomi yang begitu mencabar, tidak ramai kontraktor sanggup terlibat dalam projek perumahan kos rendah yang kurang memberi pulangan, lebih-lebih lagi dalam keadaan harga barangan bahan binaan yang masih tidak menentu. 

"Berikutan keadaan ekonomi yang sudah memasuki fasa pemulihan, saya berharap Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) akan mendapat manfaat termasuk pelaksanaan projek infrastruktur baru atau disambung semula selepas pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sebelum ini," katanya. - Getaran, 18 Oktober 2022

Sorotan

1

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

2

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

5

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Faisal Halim Teruja Jalani Fisioterapi Untuk Kembali Beraksi

Sukan 1 hari yang lalu

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

Politik 2 jam yang lalu

PN Kalah Di PRK KKB Kerana Silap Sendiri - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan