web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Nazrin Perkenan DUN Perak Dibubarkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 9:38AM

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH – Teka-teki sama ada Perak akan mengikut jejak Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang atau sebaliknya, terjawab hari ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Tapah mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Menurut beliau, pembubaran itu dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Saarani Mohamad - Gambar Bernama
Saarani Mohamad - Gambar Bernama

Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dengan ini, Perak mengikut jejak Perlis dan Pahang, dua negeri dibawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.

Perak sebelum ini menjadi satu-satunya negeri ditadbir BN yang belum mendapat perkenan sultannya bagi pembubaran DUN.

Negeri itu mempunyai 59 kerusi DUN.

Sebelum ini, BN menguasai 25 kerusi DUN diiikuti Perikatan Nasional (7) manakala Parti Bangsa Malaysia (3).

Pembangkang pula terdiri daripada 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu DAP (16), Amanah (5) dan PKR (3).

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula akan mengadakan mesyuarat khas pada 20 Oktober ini untuk membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah. – Getaran, 17 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar