web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terkejut Namun Reda, Anak Dan Cucu Maut Dalam Kemalangan Ketika Pulang Bercuti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 9:53AM

Jenazah Nor Syahira Mohd Fadhail dan bayi lelakinya yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 34 Jalan Keramat Pulai dituntut oleh keluarga di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Bainon (HRPB) untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Badak Gurun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keluarga mangsa kemalangan membabitkan seorang wanita bersama bayinya, terkejut namun reda dengan kematian dua beranak itu dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini, tengah hari tadi.

Ibu mangsa, Nor Asikin Ahmad, 50, berkata kali terakhir dia berjumpa anaknya Nor Syahira Mohd Fadhail, 23, adalah pada pagi Ahad selepas membelikan juadah makanan tengah hari.

“Pagi itu dia membeli makanan untuk makan tengah hari sehinggakan saya bertanya kenapa begitu awal dia siapkan lauk dan beliau memberitahu dia lapar. 

“Petang itu dia bergerak ke Ipoh untuk bercuti dan rancang pulang semula ke Gurun petang tadi kerana suaminya perlu bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini malam tadi.

Nor Asikin menyifatkan anaknya merupakan seorang yang kurang berkongsi cerita namun amat rapat dengan tiga adik-beradiknya.

“Kali terakhir saya menghubungi Allahyarham adalah pada sekitar pukul 11 pagi menerusi aplikasi WhatsApp kerana mahu memesan supaya belikan strawberi dan jagung.

“Saya dapat tahu berita ini daripada Kumpulan WhatsApp taman perumahan kira-kira pukul 1 tengah hari daripada seorang kelindan lori yang melalui jalan tersebut dan segera bergegas ke sini,” katanya dalam nada sebak.

Beliau berkata anak dan menantunya sering ke Cameron Highlands dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi namun kali ini menaiki kereta kerana membawa bersama bayi mereka.

“Jenazah anak perempuan dan cucu saya akan disolatkan di Masjid di Gurun, Kedah dan dikebumikan di Tanah perkuburan di sekitar Taman Jerai Indah Mas,” katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 12.46 tengah hari semalam melibatkan kematian Nor Syahira dan bayinya yang berusia tiga bulan di tempat kejadian manakala suaminya Amyroul Shah Huszaiery, 23, cedera parah

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dinaiki keluarga itu dari arah Cameron Highlands sedang menuruni bukit di sebuah selekoh sebelum bertembung dengan kereta Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki yang hanya cedera ringan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad