web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Pertiga Banduan Disasar Jalani Pemulihan Dalam Komuniti Menjelang 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 5:45PM

Nordin Muhamad (tengah) ketika menghadiri majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan dua pertiga banduan yang layak menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang tahun 2030.

Ketua Pengarahnya Datuk Nordin Muhamad berkata inisiatif yang dilaksanakan sejak 2008 seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib (PKW), Program Reintegrasi Penghuni (PRP), Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan beberapa program lain, dapat mengurangkan kesesakan di penjara di seluruh negara.

Beliau berkata berdasarkan statistik Penjara Malaysia, terdapat seramai 82,539 penghuni penjara dan daripada jumlah itu, 76,336 adalah banduan di penjara, manakala 6,203 ditempatkan dalam program Pemulihan Dalam Komuniti.

“Pada masa kini kapasiti penjara di seluruh negara hanya boleh menempatkan hanya kira-kira 66,000 penghuni, jadi terdapat kesesakan kira-kira 10,000 penghuni.

“Inisiatif ini diharap dapat mengurangkan kadar kesesakan dan kita menganggarkan lebih ramai pesalah akan dipertimbangkan oleh mahkamah untuk menjalankan program pemulihan dalam komuniti,” katanya kepada media dalam majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660)  di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di sini, hari ini.

Nordin berkata pelaksanaan pindaan rang undang-undang baharu itu juga dapat memberi peluang kepada pesalah hukuman ringan untuk menjalani hukuman di luar fasiliti penjara.

Tambahnya program Pemulihan Dalam Komuniti terbukti berkesan, kerana berjaya mengurangkan kadar penjenayah berulang dengan anggaran seorang sahaja daripada 400 penghuni dibebaskan akan kembali ke penjara.

“Kita menyasarkan untuk mencapai 10,000 pesalah yang menjalani PKW pada tahun ini dan kita sudah mencapai 79.5 peratus, dan yakin jumlah itu dapat dicapai sebelum November tahun ini,” katanya.

Selain itu, beliau setakat ini terdapat 52 pusat PKW dan berharap kerajaan mempertimbangkan untuk menambah 20 lagi pusat di seluruh negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang mewakili Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Wan Ahmad Dahlan dalam ucapannya berkata Jabatan Penjara Malaysia dapat menjimatkan kos pengurusan penjara sebanyak RM182 juta setahun menerusi program dan inisiatif yang dilaksanakan.

Katanya  sebanyak RM5.5 bilion telah dibelanjakan sejak lima tahun yang lepas bagi kos pengurusan kepenjaraan untuk penyediaan peralatan, kemudahan, perubatan, makanan, kawalan, pengiringan, emolumen kakitangan dan sebagainya lagi.

“Pesalah-pesalah tersebut akan ditempatkan dalam industri dan seterusnya dapat mengisi kekosongan tenaga kerja yang menggunakan warga asing,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar