web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


94,411 Warga PDRM Siap Siaga PRU-15

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 7:55PM

Persediaan juga sudah diatur PDRM untuk berganding bahu dengan agensi penyelamat lain bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam dalam tempoh PRU-15 kelak. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 94,411 daripada 120,557 pegawai dan anggotanya bagi menjalankan penugasan berkaitan pilihan raya susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM pada masa sama akan bekerjasama erat dengan semua agensi, terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pemilihan demokratik Malaysia lancar.

Menurutnya, persediaan juga sudah diatur PDRM untuk berganding bahu dengan agensi penyelamat lain bagi bersama-sama menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam dalam tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

“PDRM meminta kerjasama semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan agar proses pilihan raya berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Sebagai anggota masyarakat yang matang dalam menghadapi senario politik, usaha semua pihak untuk mengelak daripada menyentuh perkara sensitif amat diperlukan,” katanya hari ini.

Acryl Sani berkata, PDRM amat komited dalam melaksanakan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenterakan awam sentiasa terpelihara.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam perutusan khas di Putrajaya mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 berkuatkuasa hari ini.

Katanya, penetapan tarikh penamaan calon dan hari mengundi serta urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan SPR. - Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad