Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Demi Kelangsungan Hidup, Rakyat Harap Kerajaan Laksana Pengeluaran KWSP 2.0

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 9:10PM

Baru-baru ini, PGI dilapor menerima lebih 200,000 aduan daripada pencarum KWSP di seluruh Malaysia yang menuntut pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ramai rakyat Malaysia ketika ini mengharapkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disalurkan sekali lagi, susulan mereka berdepan masalah kewangan meruncing dan memerlukan bantuan bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup serta membaik pulih ekonomi keluarga.

Situasi itu dirumuskan hasil tinjauan ‘turun padang’ dijalankan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGI) bagi menyantuni rakyat secara rawak untuk mengetahui permasalah dihadapi mereka, khususnya mengapa memerlukan pengeluaran KWSP 2.0.

Presiden PGI, Azmi Mohd Tahir berkata, walaupun negara sudah memasuki fasa endemik ketika ini, tetapi banyak industri kecil dan sederhana (IKS) belum mampu memulihkan perniagaan mereka dalam waktu terdekat.

“Ia (memulihkan perniagaan) mungkin mengambil masa satu hingga dua tahun serta disebabkan ini juga, ramai dalam kalangan mereka yang berusia 35 tahun dan ke atas, ditamatkan perkhidmatan semasa pandemik.

“Mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu dengan alasan faktor usia dan kesihatan, selain pendapatan tidak setimpal dengan komitmen ditanggung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

PGI turut berkongsi sebuah video tinjauan orang ramai yang antara lain memohon kerajaan melaksanakan inisiatif pengeluaran KWSP 2.0 terbabit.

Sehubungan itu, Azmi berkata, pihaknya berharap kerajaan memperhalusi dan meluluskan aduan tuntutan bersasar seramai 226,996 rakyat Malaysia sebelum ini, agar inisiatif pengeluaran wang KWSP 2.0 dilaksanakan sekali lagi.

Jelasnya, inisiatif berkenaan dilihat dapat membantu golongan terkesan, sukar mendapat pekerjaan dan bekerja sendiri yang memerlukan modal untuk bangkit semula bagi meningkatkan prestasi perniagaan serta meneruskan kelangsungan hidup.

“Dengan slogan ‘Keluarga Malaysia’, pihak kami berharap ia menjadi realiti dalam membantu golongan susah dan terhimpit dengan kos sara hidup semakin meningkat, kenaikan kadar dasar semalaman (OPR), nilai ringgit merudum dan kadar inflasi meningkat yang banyak menyukarkan kehidupan rakyat,” katanya.

Baru-baru ini, PGI dilapor menerima lebih 200,000 aduan daripada pencarum KWSP di seluruh Malaysia yang menuntut pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut turut meminta supaya semua Ahli Parlimen membawa tuntutan itu ke Dewan Rakyat.

Ia selaras dengan keputusan mesyuarat bersama Majlis Senator Malaysia (MSM) pada 15 Ogos di Parlimen yang membincangkan tuntutan itu. - Getaran, 23 September 2022

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Sukan 5 jam yang lalu

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir