Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kurangkan Beban Rakyat, Kerajaan Digesa Cari Penyelesaian Luar Kotak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Sep 2022 9:43AM

DPMM telah menerima begitu banyak rungutan daripada pelbagai lapisan masyarakat berhubung krisis ekonomi dialami - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), menggesa kerajaan melaksanakan dua pendekatan dasar intervensi monetari, bagi mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Presidennya, Dr Abdul Halim Husin berkata, ini kerana meskipun pihak berkepentingan dalam kerajaan menggembar-gembur kononnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menunjukkan peningkatan, DPMM sebaliknya menerima begitu banyak rungutan daripada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya ahli kesatuan itu berhubung krisis ekonomi dialami.

Katanya, pendekatan pertama adalah melaksanakan Intervensi Dalam Dasar Apungan Ringgit.

“Bagi pihak DPMM, penyelidik MTEM (Majlis Tindakan Ekonomi Melayu) sudah menganalisa prestasi nilai tukaran Ringgit, berbanding dolar sejak dasar tambatan RM3.80 kepada USD1.

“MTEM mendapati kali terakhir Ringgit mengukuh kepada tahap RM3.80 adalah pada 3 April 2018. Pendek kata, nilai ringgit adalah lemah berbanding sebelum tambatan,” katanya hari ini.

MTEM mendapati kali terakhir Ringgit mengukuh kepada tahap RM3.80 adalah pada 3 April 2018 - Gambar Hiasan
MTEM mendapati kali terakhir Ringgit mengukuh kepada tahap RM3.80 adalah pada 3 April 2018 - Gambar Hiasan

Abdul Halim berkata, pihak kerajaan sering berbangga mengenai statistik eksport yang besar, tetapi oleh sebab sektor import dan eksport negara beroperasi secara berasingan, pengimport tempatan terpaksa membeli dolar dengan ringgit mereka.

Keadaan itu, katanya, memaksa mereka terdedah kepada kenaikan kos kerana nilai ringgit yang amat lemah.

Jelasnya, ia berbeza dengan negara seperti Jepun yang mana sektor import dan eksportnya bersepadu, iaitu firma pengimport hanya menggunakan dolar yang dijana firma pengeksport.

“Oleh sebab ringgit sudah menjadi lebih lemah, DPMM mendesak agar Menteri Kewangan dan Bank Negara melakukan intervensi dalam dasar apungan ringgit. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan rizab matawang asing Bank Negara untuk menurunkan nilai ringgit kepada RM3.80 semula.

“Dasar Intervensi ini mestilah dikekalkan hingga kerajaan mengubah dasar penerimaan dan pembayaran sektor eksport, supaya ia dapat mengurangkan keterdedahan sektor import kepada tukaran matawang asing,” katanya.

Menurut Abdul Halim, pendekatan kedua adalah melaksanakan miratorium untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta golongan M40 dan ke bawah.

DPMM, katanya, menerima banyak keluhan daripada pelbagai lapisan masyarakat mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

DPMM menerima banyak keluhan daripada pelbagai lapisan masyarakat mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) - Gambar Hiasan
DPMM menerima banyak keluhan daripada pelbagai lapisan masyarakat mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) - Gambar Hiasan

Malah, ujarnya, ramai kecewa kerana kerajaan hanya bergantung kepada OPR sebagai cara tunggal untuk menangani inflasi.

“Kami menyokong cadangan Pengerusi Majlis Pemilihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya moratorium diberikan kepada perniagaan PMKS.

“DPMM mencadangkan agar moratorium untuk faedah pinjaman diberi kepada PMKS dan golongan M40 ke bawah oleh bank selama dua bulan bagi setiap kenaikan 25 mata asas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan berkenaan bertepatan tujuan kenaikan OPR, iaitu untuk mengurangkan penambahan wang baharu oleh bank ke dalam ekonomi.

Kenaikan kadar faedah untuk pinjaman sedia ada, katanya, tidak memberi sebarang pengurangan terhadap bilangan wang bahkan kenaikan kadar faedah menyebabkan bilangan wang gagal dikurangkan.

Ujarnya, bilangan wang hanya dikurangkan setiap kali peminjam membayar ansuran pokok.

“Penambahan bayaran faedah tidak mengurangkan bilangan wang, malah yang lebih teruk, ia membebankan rakyat lebih-lebih lagi Malaysia mempunyai tahap hutang isi rumah antara tertinggi di rantau Asia Tenggara.

“DPMM memahami dan menerima keperluan meningkatkan OPR sebagai salah satu kaedah untuk menangani cabaran hari ini, tetapi kami mendesak kerajaan mencari penyelesaian di luar kotak dengan mengambil kira keluhan pihak terkesan teruk daripada penyelesaian mudah oleh pengurusan monetari negara,” katanya. - Getaran, 20 September 2022

Sorotan

1

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

2

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

5

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Penang FC Intai Peluang Pikat Faisal

oleh Ian McIntyre

Semasa 1 hari yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

Semasa 10 jam yang lalu

PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

Semasa 21 jam yang lalu

Misi Mencari Hawari Disambung, Ganjaran AS$5,000 Menanti Pemberi Maklumat

oleh Sophia Ahmad