Berita Terkini

9 jam yang lalu: Laksanakan inisiatif untuk penjawat awam ikut masa, tanpa birokrasi - CUEPACS 9 jam yang lalu: PDRM nafi Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah Interpol - Bukit Aman 9 jam yang lalu: AS boleh bekerja dengan sesiapa sahaja yang menang dalam PRU-15 Malaysia - Duta Besar 10 jam yang lalu: Bajet 2023: Digital Nasional Berhad akan perluas rangkaian 5G di seluruh negara 11 jam yang lalu: Bajet 2023: RM332 juta disediakan untuk wujudkan program latihan dan fasiliti sukan yang terbaik

IKUTI KAMI


Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 Dijangka Tingkatkan Purata KDNK Sebanyak RM13 Bilion Setahun - PM

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 6:15PM

Ismail Sabri melancarkan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 sambil disaksikan Mustapa dan Mohd Zuki Ali - Gambar Bernama.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 secara holistik dijangka dapat meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun dan mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspirasi khusus yang ditetapkan di bawah Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 yang dilancarkan hari ini akan dapat membantu mencapai aspirasi Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) Sifar Bersih 2050 bagi menghadapi trend yang berlaku dalam peralihan tenaga dan menangani cabaran perubahan iklim.

Beliau berkata aspirasi ini mengandungi sembilan sasaran terpilih untuk dicapai pada 2040, antaranya perkongsian mod pengangkutan awam bandar sebanyak 50 peratus; penggunaan kenderaan elektrik (EV) sebanyak 38 peratus; standard bahan api alternatif kenderaan berat dengan campuran bahan api B30; penggunaan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api alternatif pengangkutan marin sebanyak 25 peratus dan penjimatan kecekapan tenaga oleh industri dan komersial sebanyak 11 peratus serta kediaman sebanyak 10 peratus.

“Kerajaan yakin DTN berupaya memastikan sektor tenaga negara sentiasa bersedia untuk mendepani cabaran masa depan.

“Malah, sektor tenaga negara bakal membuka lembaran baharu selari di peringkat dunia yang menyaksikan munculnya sektor-sektor baharu seperti mobiliti rendah karbon melalui penggunaan EV serta penjanaan dan penyimpanan sumber tenaga baharu seperti hidrogen dan tenaga berasaskan bio,” katanya pada pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 di sini hari ini.

Bagi mencapai visi dan objektif DTN, beliau berkata sebanyak 12 strategi dan 31 pelan tindakan dikenal pasti berlandaskan empat teras strategik dan lima pemboleh daya untuk dilaksanakan bagi jangka pendek, sederhana dan panjang, selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Katanya kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan Majlis Tenaga Negara (MTN) bagi menerajui hala tuju peringkat tertinggi dalam membuat keputusan strategik berkaitan sektor tenaga kerana strategi dan pelan tindakan DTN merentasi pelbagai sektor dan pihak berkepentingan.

“Saya akan mempengerusikan Majlis Tenaga Negara ini bagi memastikan inisiatif DTN dilaksanakan secara berkesan oleh kementerian dan agensi bertanggungjawab berdasarkan akauntabiliti dan peranan masing-masing,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, DTN merupakan ‘living document’ yang dikemas kini setiap tiga tahun dengan semakan dan pertimbangan dilakukan MTN, selari dengan kemajuan teknologi, tahap pencapaian sosioekonomi negara dan keseimbangan trilema tenaga semasa.

“Kerajaan kini menumpukan kepada pembangunan EV dengan menawarkan pelbagai insentif cukai bertujuan menggalakkan aktiviti pemasangan dan pengilangan kenderaan, pengeluaran komponen berkaitan EV serta perkhidmatan teknologi hijau.

“Kerajaan juga telah menubuhkan Pasukan Petugas EV yang dianggotai oleh pelbagai pihak untuk memperincikan strategi sedia ada berkaitan pembangunan EV dan mempromosikan industri EV tempatan,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata empat bidang menjadi fokus utama iaitu meningkatkan penggunaan EV, membangunkan infrastruktur pengecasan, membangunkan bakat dan menarik pelaburan selain rangka kerja strategik dikenal pasti bagi menyokong pertumbuhan industri EV tempatan.

“Sehingga kini, lebih 600 buah kemudahan pengecas EV telah dipasang di seluruh negara dan ditingkatkan lagi melalui inisiatif syarikat seperti TNB dan PETRONAS dengan memeterai jaringan kerjasama dengan pihak berkaitan,” katanya.

Bagi memacu pembangunan hidrogen, Ismail Sabri berkata kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen, meliputi menggalakkan penyertaan pemain industri, R&D termaju yang berorientasikan pasaran serta penggunaan produk dan teknologi berkaitan hidrogen.

“Kerajaan juga telah mengagih semula kuota Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1,200 megawat bagi memacu penjanaan hidrogen hijau. Pada masa ini, PETRONAS juga sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang hidrogen bagi penjanaan sumber ekonomi baharu,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata DTN telah dijajarkan selaras dengan komitmen negara terhadap Matlamat 7 (SDG7) Agenda Pembangunan Mampan iaitu Memastikan Akses kepada Tenaga yang Mampu Dimiliki, Mampan dan Moden untuk Semua dalam menghadapi cabaran trilema tenaga iaitu jaminan bekalan, mampu bayar dan kelestarian alam sekitar. 

Selain itu, katanya DTN akan dapat membantu menggalakkan ekonomi kitaran, ekonomi hijau dan pengurangan pelepasan karbon.

“DTN digubal sejajar dengan usaha mengoptimumkan peluang ekonomi yang selari dengan trend mega peralihan tenaga yang berkembang pesat. DTN juga adalah seiring dan senada dengan pengurusan sektor tenaga negara yang sentiasa mengambil kira keseimbangan trilema tenaga.

“Keseimbangan dalam trilema tenaga adalah penting kerana Malaysia ialah negara membangun yang terhimpit di tengah-tengah suasana politik dan ekonomi antarabangsa yang bergolak.

“Oleh itu, kita harus meletakkan "sense of purpose" dan "sense of urgency" sebagai penentu atau pertimbangan dalam tindakan, tidak kira sama ada dalam perkara dasar, perancangan atau pelaksanaan,” katanya.

Katanya kerajaan terus komited untuk memastikan rakyat tidak terbeban dan kesejahteraan Keluarga Malaysia akan terus dipelihara.

“Langkah meneruskan pemberian subsidi tenaga seperti gas petroleum cecair (LPG) dan petrol oleh kerajaan membolehkan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga tenaga di pasaran, khususnya kesan konflik Rusia-Ukraine,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Harga Telur Tidak Naik Atau Apung, Kerajaan Jamin Jaga Keperluan Rakyat

2

Sarapan Terakhir Bersama UKK, Tuan Ibrahim Beri Bayangan Parlimen Hampir Dibubar?

3

‘Saya Tak Mengandung, Cuma Terlebih Makan’- Sharifah Sakinah 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

DUN Sabah Serah Kepada SPR Tetapkan Tarikh Baharu PRK DUN Bugaya - Speaker

Politik 1 hari yang lalu

Annuar Sahkan Mesyuarat Kabinet Berlangsung Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Tiada Ketetapan Hotel Perlu Letak Tanda ‘Non-Halal-Lift’ - JAKIM

oleh Farhana Farush

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pintu Terkunci, Tangga Curam Dan Panik Punca Tragedi Stadium Kanjuruhan - Jokowi