web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Pinjaman PTPTN, Komputer Riba Dimuktamad Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 4:40PM

PTPTN akan memaklumkan kaedah pelaksanaan pinjaman terkini bagi golongan M40 dan pinjaman komputer riba dalam masa terdekat. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memuktamadkan kaedah pelaksanaan kenaikan peratusan pinjaman dan kemudahan komputer riba kepada peminjamnya yang membabitkan golongan M40 dalam masa terdekat.

PTPTN menerusi kenyataan berkata, ia bagi memastikan inisiatif itu dilaksanakan dengan berkesan kepada peminjam PTPTN. 

“PTPTN merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pengumuman kenaikan jumlah pinjaman PTPTN daripada 75 peratus kepada 100 peratus bagi golongan M40 (kategori M1), selain pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN golongan M40.

“Pengumuman terbabit jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia,” katanya hari ini.

Menerusi kenyataan sama, pihak agensi kerajaan itu berkata, bagi pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergraduat bermula tahun 2019 dengan memperoleh Ijazah sarjana muda kelas pertama, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama, mereka boleh membuat permohonan mulai 15 September hingga 31 Disember ini.

Katanya, permohonan itu boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PTPTN (http://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama)

Pada masa sama, PTPTN berkata, sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pihaknya berharap agar inisiatif berkenaan dapat menyuntik semangat dan menjadi dorongan kepada semua mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan terbaik dalam pengajian.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pinjaman PTPTN kepada golongan M40 kategori M1 dinaikkan daripada 75 peratus kepada 100 peratus.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju menyediakan kemudahan pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN golongan M40, sebagai antara usaha menjaga kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia.

Sebelum ini, beliau memaklumkan kerajaan akan mengembalikan keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dengan kelas pertama.

Perdana Menteri berkata, keistimewaan itu akan diberi kepada graduan yang menamatkan pengajian bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Sementara itu, Naib Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Ct Faizah Abdul Rahman berkata, pengumuman tersebut jelas menunjukkan ia antara usaha kerajaan bagi menjaga kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia. 

“Kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN bagi golongan B40. Pemberian inisiatif itu sudah pastinya akan meringankan lagi beban mahasiswa bagi menjalani proses pembelajaran lebih kondusif. 

“MPPK menyambut baik inisiatif kerajaan berkenaan pinjaman PTPTN kepada golongan M40 kategori M1 dinaikkan daripada 75 peratus kepada 100 peratus.  Semoga ia sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban Siswa Keluarga Malaysia sepanjang tempoh pengajian mereka di institut pengajian tinggi (IPT),” katanya. 

Ct Faizah berkata, MPPK turut menyokong penuh usaha kerajaan dan KPT, iaitu mengadakan Jualan Murah Keluarga Malaysia di setiap institut pengajian tinggi (IPT) yang mampu membantu mengurangkan kos sara hidup mahasiswa di kampus. 

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya mengharapkan agar lebih banyak inisiatif seperti itu diwujudkan membabitkan seluruh golongan mahasiswa di negara ini.

“MPPK juga percaya kerajaan akan terus komited dalam membela dan terus mendengar hasrat serta denyut nadi mahasiswa, selaras hasrat Perdana Menteri yang mahu terus mendengar suara anak muda dengan sebahagiannya Keluarga Malaysia.

“Ianya juga membuktikan keprihatian kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pentadbiran Ismail Sabri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terjaga,” katanya. - Getaran, 16 September 2022.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad