web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bubar Parlimen, Biar PM Sendiri Tentukan, Tak Perlu Desak Beliau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 8:16PM

Sebarang usaha untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat perlu diputuskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Sebarang usaha untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat perlu diputuskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Langkah itu juga dilihat bukan sesuatu yang begitu mendesak ketika ini, memandangkan suasana ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya. 

Bekas Pengerusi MCA Bahagian Bera, Datuk Wai Che Seng berkata, Ismail Sabri sedang melakukan yang terbaik dalam menjaga kepentingan semua rakyat.

Wai Che Seng
Wai Che Seng

"Beliau adalah seorang yang prihatin dan mengambil berat mengenai nasib rakyat, jadi saya yakin Datuk Seri (Ismail Sabri) sentiasa mendengar serta mengambil kira suara semua tanpa mengira kaum. 

"Bagi saya, selepas lebih setahun beliau dipilih sebagai Perdana Menteri, prestasinya berada di tahap baik dan memuaskan. Mengenai keperluan dan tekanan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat, ia bukanlah sesuatu yang perlu (diadakan) segera," katanya. 

Jelas Che Seng, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sudah tentu mempunyai perkiraan sendiri, termasuk mempertimbang pelbagai aspek sebelum mencadangkan pembubaran parlimen. 

Bagaimanapun, seorang penduduk Kampung Kuala Triang, Aida Ahmad, 54 berpandangan, pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) perlu diadakan secepat mungkin bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan yang lebih stabil. 

Aida Ahmad
Aida Ahmad

 "Dengan suasana politik ketika ini, saya fikir eloklah (PRU-15) disegerakan kerana Datuk Seri Ismail Sabri tidak mempunyai sebarang isu atau masalah berbangkit yang boleh dijadikan modal oleh pembangkang. 

"Kalau kita tunggu tahun depan, sampai habis penggal, kita tak tahu apa akan jadi dan apa isu yang mungkin muncul selepas ini. Sebab itu, kalau nak buat pilihan raya, buat sekarang, tak perlu tangguh-tangguh lagi," katanya. 

Ditanya mengenai desakan oleh ahli UMNO sendiri supaya parlimen segera dibubarkan, Aida bagaimanapun berpendapat ia adalah suara yang perlu diambil kira memandangkan sekarang adalah masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya. 

Penduduk Kampung Seberang Guai, Jeliah Daud, 69 bagaimanapun berkata, keputusan untuk mengadakan pilihan raya adalah hak Ismail Sabri. 

Jeliah Daud
Jeliah Daud

"Tidak kisahlah bila nak buat pilihan raya, nak buat sekarang pun boleh, nak buat tahun depan pun boleh. 

"Jadinya terserahlah kepada Perdana Menteri, macam kita ini, ikut sajalah, kalau suruh (keluar) mengundi, kita pergilah," katanya. – Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek