web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Juruterbang Helikopter Ditemui Tak Sedarkan Diri Sebelum Disahkan Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 2:53PM

Anggota Tentera Udara Malaysia mengusung mayat juruterbang helikopter untuk dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Bainon (HRPB) bagi proses bedah siasat hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Helikopter jenis Eurocopter EC120B yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sebelum dilaporkan hilang, ditemui pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhampiran Kampung Kenangan, Bidor, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo berkata, mangsa dan bangkai helikopter terbabit ditemui pada jam 8.18 pagi.

Menurut beliau, ketika ditemui mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

“Combat Air Rescue (CAR), TUDM berada di darat untuk membantu membawa mangsa (keluar) dari tempat kejadian.

“RESCUE01 (TUDM) telah membawa mangsa dan mendarat di Padang Sekolah Anderson pada jam 10.30 pagi sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Mangsa bagaimanapun tidak sedarkan diri semasa misi menyelamat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapunjuruterbang yang dikenali sebagai Kapten Richard Chan, 58, dari Hong Kong, disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Chester berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sebaik semua unit tersebut kembali ke pangkalan dengan selamat.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Beliau yang mewakili CAAM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“CAAM juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota pasukan SAR daripada TUDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan organisasi lain terlibat dalam misi ini,” katanya.

Pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan kira-kira jam 12.16 tengah hari semalam, dengan lokasi terakhir dilaporkan adalah di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. - Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad