web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komuniti India Terpinggir, Perlu Bersatu Hapuskan Unsur Negatif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 7:00AM

Komuniti India di negara ini masih terpinggir dengan majoriti masih menduduki kelompok B40 dan M40, walaupun digolongkan sebagai etnik ketiga terbesar di Malaysia. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Komuniti India di negara ini masih terpinggir dengan majoriti masih menduduki kelompok B40 dan M40, walaupun digolongkan sebagai etnik ketiga terbesar di Malaysia.

Senario ini jelas menggambarkan betapa kaum berkenaan seolah dipinggirkan dari arus pembangunan, meskipun bukan sedikit antara mereka menyandang jawatan penting dalam negara.

Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, pembabitannya dalam politik berpaksikan kepada keazaman untuk membela nasib bangsanya sendiri.

Menurut beliau, amat menyedihkan apabila melihat kaumnya itu masih jauh ketinggalan berbanding etnik lain di Malaysia.

“Sepanjang meniti kerjaya sebagai seorang doktor, terlalu banyak kisah pahit yang saya alami, termasuk yang melatari bangsa saya sendiri.

“Saya sendiri meskipun bergelar seorang profesional, tidak ketinggalan menerima layanan buruk walaupun oleh pihak yang sepatutnya membantu,” katanya kepada Getaran ketika ditemui selepas program Perhimpunan Masyarakat India anjuran PKR di sini.

Dr Sathia Prakash Nadarajan - Gambar fail
Dr Sathia Prakash Nadarajan - Gambar fail

Katanya, beliau pernah berdepan detik tidak diduga, sewaktu sedang cuba mencari dana bagi membina hospital atau pusat perubatan buat masyarakat di Hulu Selangor.

“Sekitar tujuh atau lapan tahun lalu, saya cuba memohon bantuan dengan membawa kertas cadangan pembinaan hospital untuk bertemu sebuah agensi kerajaan.

“Agensi terbabit telah diberi mandat untuk mengubah nasib dan menaik taraf komuniti India negara. Bayangkan, betapa terkejutnya saya apabila mereka meminta saya membayar RM5 juta jika mahu pembinaan pusat perubatan itu menjadi kenyataan,” katanya, kesal.

Kecewa dengan keadaan itu, Dr Sathia mengakui tidak lagi percaya dan jelak dengan semua slogan berbaur retorik yang sering dilaungkan, sedangkan ia hanya menjurus kepada kepentingan peribadi pihak tertentu.

“Logiknya, jika benar saya memiliki wang sebanyak itu, apalah gunanya saya memohon dana? Bukankah lebih mudah jika menggunakan sumber sendiri,” katanya, sinis.

Ditanya mengenai perancangan yang disusun bagi membantu mengubah nasib komuniti India dalam erti sebenar, pengasas rangkaian klinik dan pusat perubatan SP Care itu berkata, kaum itu perlu menghentikan segala perilaku atau mentaliti negatif yang menyelubungi kehidupan mereka selama ini.

“Kaum India perlu bersatu. Hentikan semua pergaduhan, persengketaan dan perbezaan pendapat.

“Hentikan politik lapuk yang hanya berpaksi parti tertentu. Kamu persoalkan apa yang Pakatan Harapan (PH) lakukan sepanjang 22 bulan memerintah, tapi (parti) kamu sendiri apa yang berjaya diselesaikan? Berpuluh tahun lamanya, nasib komuniti India masih sama,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Dr Sathia berkata inisiatif perlindungan percuma bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan di Selangor diyakini mampu menaik taraf kehidupan mereka dengan lebih pragmatik.

Beliau memberitahu, inisiatif diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari itu bakal memberi manfaat besar kepada golongan B40, apatah lagi ketika negara berdepan peningkatan pelbagai jenis kos.

“Ramai rakyat terpaksa menghentikan caruman insurans termasuk perubatan kerana kedudukan kewangan amat tidak mengizinkan.

“Dengan adanya insiatif seperti ini sekurang-kurangnya mereka mampu menerima rawatan yang terbaik,” katanya. - Getaran, 12 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad