web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak: Hanya 53.3 Peratus Tahu Adanya Kemudahan Kawal Peranti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 9:40AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan membendung eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak di Malaysia, dikhuatiri mendorong ketagihan seks dan perlakuan seksual lain.

Malah, keadaan itu dibimbangi boleh menjurus kepada jenayah seperti rogol, cabul dan ‘sextortion’ (ugutan berkait seksual).

Justeru, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Profesor Datuk Dr Noor Aziah Mohd Awal mengesyorkan kerajaan menyertai gabungan ‘We Protect Alliance’ untuk membangunkan dasar dan penyelesaian bagi melindungi kanak-kanak daripada dieksploitasi serta terbabit dalam penderaan seksual menerusi talian.

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal
Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal

Katanya, gabungan tersebut adalah sebuah organisasi bebas dibiayai kerajaan United Kingdom.

Beliau berkata, gabungan itu adalah badan yang mengumpulkan kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa bagi membangunkan dasar serta penyelesaian untuk melindungi kanak-kanak daripada dieksploitasi dan menjadi mangsa penderaan seksual dalam talian.

“Antara kelebihan jika Malaysia menyertai gabungan ini adalah kita akan menjadi sebahagian daripada gabungan global yang berbincang dan mencari penyelesaian untuk isu jenayah eksploitasi seksual dalam talian.

“Selain itu, Malaysia boleh mendengar perkongsian pengalaman negara luar berhubung cara mereka menangani jenayah eksploitasi seksual dalam talian dan bertukar pandangan berkenaan isu,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan kerajaan terhadap eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak di Malaysia.

Ia susulan kes terbabit semakin membimbangkan apabila sebanyak 106,764 alamat Protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini, dikesan membuat perkongsian kandungan lucah membabitkan golongan itu sejak 2017 hingga Ogos lalu.

Pendedahan tersebut dibuat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memaklumkan, data dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan perkembangan tidak sihat, terutama membabitkan golongan kanak-kanak.

Noor Aziah berkata, dalam membendung dan mengelakkan jenayah itu, ibu bapa boleh memainkan peranan ‘bermula dari rumah’ dengan lebih peka terhadap aktiviti anak mereka ketika menggunakan internet.

Jelasnya, pada era teknologi kini, ibu bapa juga lebih mudah untuk berbuat demikian, iaitu memantau aktiviti anak ketika melayari internet menerusi kawalan ibu bapa (parental control).

“Menurut maklumat Internet Users Survey dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada tahun 2020, hanya 53.3 peratus ibu bapa tahu mengenai kewujudan kemudahan kawalan ibu bapa (parental control) untuk peranti digunakan anak mereka.

“Manakala 45.5 peratus ibu bapa lebih gemar menetapkan peraturan untuk anak mereka menggunakan peranti, berbanding menggunakan kemudahan kawalan ibu bapa disediakan.

“Justeru, ibu bapa seharusnya lebih proaktif dalam menggunakan kawalan ibu bapa, bergantung kepada kematangan kanak-kanak,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Noor Aziah yang juga Profesor Undang-Undang Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ibu bapa perlu memberi kesedaran awal kepada anak mereka mengenai perkara yang dikira ‘selamat’ dan ‘tidak selamat’ di medium dalam talian.

“Ia adalah supaya mereka peka dengan hak mereka.

“Bukan setakat itu sahaja, ibu bapa perlu memberi keyakinan kepada anak untuk memberitahu mereka sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku, malah menerangkan kepada mereka ia bukanlah sesuatu patut dimalukan,” katanya. - Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Kes Jenayah Seksual Da'i Syed Diteruskan Atau Ditarik Balik Diketahui 31 Mei

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar