web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesesakan Stesen: Rapid Rail Kenal Pasti Penambahbaikan Segera, Elak Situasi Berulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 7:01AM

Orang ramai memenuhi stesen rel untuk ke sambutan Hari Kebangsaan 2022, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekoran kesesakan teruk dialami pengguna di beberapa stesen rel Rapid KL semalam, terutama di stesen pertukaran utama, pengendali perkhidmatan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) sudah mengenalpasti langkah penambahbaikan segera bagi mengelak situasi sama berulang.

Menurut kenyataan Rapid Rail, pihaknya juga akan menilai semula sistem dan proses operasi perkhidmatan itu.

Katanya, antara penambahbaikan segera itu adalah memastikan mesin penjualan tiket dapat menerima wang kertas dan syiling, selain menambah bilangan pegawai stesen serta polis bantuan untuk mengawal kesesakan, terutama di waktu puncak.

“Kami juga akan meningkatkan jumlah Duta Rel bagi membantu pengguna di stesen.

“Rapid KL akan turut menilai kebolehlaksanaan perkhidmatan alternatif, seperti Rapid KL Ekspres, iaitu perkhidmatan bas tanpa henti dari satu stesen ke stesen pertukaran utama,” menurut kenyataan itu malam tadi.

Mengulas mengenai kesesakan itu, Rapid Rail memaklumkan, ia susulan peningkatan luar biasa jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel untuk ke ibu kota bagi menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan 2022.

“Selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, berikutan keadaan di beberapa stesen yang mengalami situasi kesesakan teruk, kami sudah mengambil tindakan segera bagi mengawal keadaan dan memastikan keselamatan pengguna perkhidmatan kami terjamin, termasuk menambah bilangan tren untuk mengurangkan kesesakan.

“Namun, kami akui terdapat beberapa aspek perlu ditambah baik. Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada semua penumpang yang terlibat atas segala kesulitan dihadapi,” katanya.

Rapid Rail menjelasnya, keadaan sesak di stesen terbabit kembali pulih pada jam 3 petang dan seterusnya terkawal.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada warga kota yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Kami mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak untuk menambahbaik mutu kemudahan dan perkhidmatan kami,” tambah kenyataan itu. – Getaran, 1 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad