web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Barisan Wira Tidak Didendang, Keluarga Perajurit Tabah Ditinggal Orang Tersayang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 7:03AM

Keberanian dan komitmen pasukan pertahanan negara dalam merisikokan keselamatan mereka sendiri serta meninggalkan keselesaan di rumah untuk berbakti seharusnya dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengorbanan pasukan pertahanan negara sangat tinggi nilainya kepada negara ini. 

Keberanian dan komitmen anggota ketumbukan tentera dalam merisikokan keselamatan mereka sendiri serta meninggalkan keselesaan di rumah untuk berbakti di hutan belantara melawan musuh seharusnya dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia.

Bukan sahaja meninggalkan keselesaan, tetapi mereka turut tabah berpisah dengan keluarga dan orang tersayang demi menyahut panggilan ibu pertiwi.

Ditinggal pergi demi berbakti, pastinya keluarga yang menunggu di rumah diamuk risau, namun demi negara, mereka reda. 

Bercakap mengenai pengorbanan pasukan keselamatan, ramai sebenarnya terlepas pandang akan pengorbanan, duka dan air mata ahli keluarga.

Ramai yang seakan lupa dan tidak sedar, keluarga sebenarnya memainkan peranan amat penting sebagai tiang seri yang menyangga mereka dari belakang.

Kekentalan mereka dalam merelakan orang tersayang menyabung nyawa di perbatasan adalah bukti jelas semangat patriotisme di dalam hati masing-masing.

Veteran dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Sudir Ibrahim, 88, ketika ditemui Getaran berkata, hanya sekali dia dapat pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga sepanjang 21 tahun, bermula pada 1955.

Sudir Ibrahim - Gambar ihsan Sudir Ibrahim
Sudir Ibrahim - Gambar ihsan Sudir Ibrahim

Demi mempertahankan keselamatan negara, dia rela meninggalkan ibu bapa serta enam adik beradik di kampung halaman dan hanya  bertemankan doa mereka pada setiap langkah di perbatasan.

Anak jati Batu Pahat, Johor itu memberitahu, selepas berumah tangga pada 1968, dia tetap menyertai sejumlah besar operasi ketenteraan dan terpaksa meninggalkan isterinya di rumah sebelum bersara pada 1976.

"Menjadi keluarga anggota tentera memerlukan pengorbanan besar dan pada masa sama, mereka memberikan semangat kepada kita untuk berjuang demi negara. Kalau tidak, (semangat) itu tidak jadi.

"Justeru, peranan kaum keluarga perlu sentiasa dihargai kerana mereka juga sama berjuang. Mereka berdoa agar suami semua selamat walaupun ada juga yang terkorban di medan perang," katanya yang kini menetap di Felda Sungai Koyan, Raub, Pahang.

Menceritakan pengalaman berkhidmat ketika zaman darurat, Sudir berkata, dia dan pasukannya pernah bertugas mengawal pergerakan keluar masuk bekalan makanan ke kawasan penempatan penduduk, bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan pengganas komunis.

Dia bersama pasukannya juga pernah diserang hendap oleh komunis tetapi berbekalkan doa keluarga, mereka dapat mematahkan setiap serangan tersebut dengan penuh bersemangat. 

Sudir bersama pasukannya juga pernah diserang hendap oleh komunis - Gambar RTMKlik
Sudir bersama pasukannya juga pernah diserang hendap oleh komunis - Gambar RTMKlik

"Di dalam hati kami penuh dengan semangat melawan komunis. Kami mahu mempertahankan agama, bangsa dan negara. Alhamdulillah kita dapat menjalankan tugas kita," katanya.

Jelas Sudir, dia bersyukur kerana berpeluang berkhidmat untuk negara dan berasa gembira melihat keamanan yang dikecapi negara hari ini.

“Saya amat berharap suasana aman ini tersebut dihargai semua lapisan masyarakat termasuk generasi muda,” katanya.

Veteran tentera itu juga melahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi peluang untuknya bergelar peneroka Felda selepas 21 tahun berkhidmat sebagai tentera. 

“Dengan menjadi peneroka, saya dapat berbakti kepada negara dan tanah, malah berkongsi hasil ini bersama anak cucu,” katanya, tersenyum.

Sememangnya peranan keluarga bagi seorang perajurit amat signifikan dan penting.

Ia umpama satu kitaran yang saling memerlukan justeru, penghargaan sewajarnya diberikan kepada mereka.

Atas faktor itu, keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) baru-baru ini yang bersetuju melanjutkan pembayaran pencen terbitan kepada balu atau duda yang dikahwini veteran tentera selepas tamat perkhidmatan, sehingga veteran terbabit mencecah 80 tahun berkuatkuasa 1 Januari tahun ini, disambut baik.

Sebelum ini, balu atau duda yang dikahwini oleh veteran ATM selepas tamat perkhidmatan atau bersara hanya layak menerima pencen terbitan selama 20 tahun sahaja selepas pasangan mereka meninggal dunia. - Getaran, 28 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Cobra Gold Bulan Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas 3 Tentera: Ibu Sukar Percaya Anak Sudah Tiada

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad