Berita Terkini

2 jam yang lalu: Malaysia harap UAE bawa isu Palestin dan Myanmar ke Majlis Keselamatan PBB 2 jam yang lalu: Majoriti penduduk dewasa Singapura lihat perlumbaan F1 bawa impak positif ke atas republik itu- YouGov 2 jam yang lalu: Ambank bayar RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB 3 jam yang lalu: Tunku Panglima Johor Juara PRO-AM GT3 Asia 3 jam yang lalu: Tiada rasuah libatkan peruntukan KBS kepada persatuan sukan - Ahmad Faizal

IKUTI KAMI


Pecah Masuk Stor Surau Cari Makanan, Penagih Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 2:54PM

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan ketika sedang tidur di kawasan surau terbabit selepas memecah masuk stor berkenaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Individu disyaki penagih dadah ditahan polis susulan menceroboh masuk stor sebuah surau di AU3/1 Taman Keramat, Selangor semalam untuk mencari makanan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan ketika sedang tidur di kawasan surau terbabit selepas memecah masuk stor berkenaan.

“Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang menahan suspek di pekarangan surau itu susulan laporan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau.

“Siasatan awal mendapati, sepasukan AJK surau menerima mesej daripada kumpulan WhatsApp surau memaklumkan kejadian pecah masuk itu pada 7.30 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan maklumat itu, anggota AJK terbabit kemudian membuat pemeriksaan di surau.

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan umpil di pintu stor, selain tombol dan mangga dirosakkan serta keadaan dalam ruang itu berselerak.

“Semakan rekod lampau mendapati, suspek memiliki dua rekod narkotik dan dikehendaki polis.

“Ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Methaphetamine dan Amphetamine,” ujarnya.

Mohamad Farouk berkata, hasil soal siasat awal terhadap suspek mendapati, dia menceroboh stor surau itu ketika di bawah pengaruh dadah untuk mencari makanan.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun keseksaan yang merujuk kepada melakukan kesalahan pencerobohan jenayah,” jelasnya. - Getaran, 21 Ogos 2022

Sorotan

1

Kenapa Rizman Ruzaini Berarak Di Perkarangan Bukit Bintang, Apa Kaitannya Dengan Beg Tote?

2

Piala Dunia 2022: Fasa Terakhir Jualan Tiket Bermula 27 September

3

Jenayah Seksual Kanak-Kanak Tidak Libatkan Sentuhan Fizikal Dijangka Meningkat - Bukit Aman

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 3 jam yang lalu

Malaysia Tawar UAE Sertai Pelaburan Berbalik Dalam Bidang Pertanian - PM

Semasa 5 jam yang lalu

Anwar Minta PM Bawa Usul Tangani Kenaikan Harga Barang, Kejatuhan Mata Wang

oleh Sofian Baharom

Semasa 11 jam yang lalu

‘Bukan Sahaja Bilis Tapi Jerung Pun Kami Siasat’ - SPRM

Semasa 5 jam yang lalu

LHDN Tangguh Bayaran Cukai Pegangan Bernilai Kecil