web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaduh Ketika Bermain Futsal, Pelajar Tingkatan 5 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 6:15PM

Seorang pelajar tingkatan lima bertindak menyerang pemain lawan menggunakan buku lima dalam kejadian di sebuah gelanggang futsal di Tasik Tambahan Ampang - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hanya kerana sedikit kekasaran ketika bermain futsal, seorang pelajar tingkatan lima bertindak menyerang pemain lawan menggunakan buku lima dalam kejadian di Gelanggang Futsal, Tasik Tambahan Ampang.

Insiden pada Rabu lalu berlaku ketika mangsa bersama rakan-rakan sekolahnya bermain futsal dengan sekumpulan pelajar dari sekolah lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, ketika perlawanan berlangsung, mangsa melihat seorang daripada pemain lawan bertindak kasar sehingga mencetuskan pertengkaran mulut antara kedua-dua pasukan.

“Susulan pertengkaran, seorang rakan pemain lawan sambil memegang buku lima melepaskan tumbukan ke arah mangsa di bahagian rusuk kiri dan siku.

“Suspek yang sama juga melepaskan tumbukan ke arah adik mangsa namun dia sempat mengelak,” katanya hari ini.

Menurut beliau, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bersama seutas rantai basikal yang telah diubah suai bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.  

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan punca kejadian adalah disebabkan tidak berpuas hati kerana kekasaran ketika bermain futsal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2022

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad